Tuesday, 2 June 2015

“Orang Buta Sahaja Yang Tak Boleh Bezakan Seluar Dengan Peha” — Che Ta



Menjadi selebriti ini bukan lah perkara mudah sebenarnya. Terutama bagi selebriti ternama seperti Che Ta. Baru baru ini Rozita Che Wan di kritik di laman instagramnya kerana dikatakan memakai seluar pendek dan mengenakan hijab.




Gambar tersebut dirakam ketika Che Ta sedang bercuti bersama keluarga di London.



“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu”


“Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata. Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Biarlah apa orang nak cakap, saya cool,” ujar Che Ta.

Lelaki Ini Dikutuk Dan Dihina Kerana Mempunyai Isteri Yang Sangat Cantik

Hanya kerana memiliki seorang isteri yang jelita, seorang lelaki dari wilayah Hebei, China menjadi mangsa kecaman pengguna internet.

Mei Aisi, seorang ahli perniagaan, kini menetap di Ukraine dan bertemu jodoh dengan wanita berusia 19 tahun dari negara berkenaan.

Ada yang menuduh isteri Aisi sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak.


Mereka bertemu ketika Mei Aisi baru sahaja memulakan kehidupan di Ukraine sebagai jurugambar, beberapa tahun lepas.

Tidak dapat dipastikan nilai kekayaan Aisi namun dia kini sedang membina sebuah sebuah vila sendiri seluas 3,000 meter persegi.


Walaupun datang dari keluarga yang sederhana, Mei Aisi telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya dalam karier.

Pun begitu, tindakan Mei Aisi memuat naik gambar isterinya di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di China.

Ada yang tanpa rasa bersalah menuduh isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak.

Pasangan itu mempunyai seorang anak.

Memetik laporan CCTV News, Aisi berkata wanita Ukraine tidak begitu memandang rupa dan harta. Malah untuk memikat hati bakal mertua juga tidak sukar.

“Anda hanya perlu bawa wain dan sejambak bunga, dan anda akan dapat restu mereka,” kata Aisi lapor Astro Awani.

Islam Difitnah, Gambar Gadis Bertudung Dicuri dan Muat Naik Resepi Masakan Berasaskan Darah Haid




Inilah salah satu bahaya mendedahkan gambar kita di laman sosial apabila kejadian terbaru seorang wanita Muslim bertudung yang mendedahkan gambarnya di akaun Lilpink.info telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Identiti wanita ini telah cuba dicuri dan seolah-olah cuba menjatuhkan martabat wanita Islam apabila akaun Instagram yang menggunakan nama ’Free Bleed’ telah mengaku wanita itu adalah admin bagi pemilik akaun tersebut.



Pada awalnya, akaun tersebut dilaporkan memuat naik gambar wanita tersebut dengan mesej tersendiri mengenai feminisme, seolah-olah akaun itu dimiliki oleh dari beliau sendiri.

Pemilik akaun ‘Free Bleed” dilihat telah memuatnaik bebarapa keping gambar yang kononnya memperjuangkan hak wanita untuk berhenti menggunakan tampon sebaliknya wanita seharusnya bangga dengan darah haid mereka.

Kemudian akaun tersebut berkongsi gambar  makanan seperti 'pan cake' dan 'waffle' bersama ramuan yang kononnya diperbuat daripada darah haid untuk menarik perhatian netizen.



Bagaimanapun pemilik sebenar gambar tersebut melalui akaun Twitter @KaiDarul telah menafikan bahawa akaun ‘Free Bleed” miliknya.

Dia mengatakan tidak tahu dengan kewujudan akaun tersebut pada awalnya dan menyatakan bahawa akaun Instagram FreeBleed yang menampilkan gambarnya merupakan satu akaun palsu yang diwujudkan oleh individu yang tidak dikenali.



Kerana kes kecurian identiti ini ramai netizens telah melahirkan rasa marah pada wanita ini dan ada yang mengugut mahu membunuhnya kerana menganggap memang dialah pemilik sebenar akaun tersebut.

Ada ramai netizens bukan Islam yang menyalahkan agama Islam kerana mengatakan tindakan wanita itu amat keterlaluan. Nampaknya motif pemilik akaun "Free Bleed" yang cuba memburukkan imej Islam hampir berjaya.

Tindakan ini bagi SK memang satu tindakan yang amat melampau kerana ini merupakan satu penganiayaan kepada orang lain yang tidak bersalah. Ia seolah-olah cuba menjatuhkan martabat wanita Islam di mata masyarakat. - Siakapkeli.my

VIDEO: Pelajar Kolej Vokasional Pahang Buli Ketua Asrama


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian buli kolej vokasional di Kelantan yang meninggal dunia selepas dibelasah oleh kawan-kawan kolejnya  kerana mendakwa dia tidak menghormati senior asrama.

Hari ini menjadi viral pula di laman sosial sebuah video yang melibatkan satu lagi kes buli melibatkan pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan di Bentong, Pahang.

Menurut pemilik akaun Facebook
 Adam Aki yang memuatnaik video tersebut, kejadian buli itu berlaku melibatkan anak kepada rakannya yang dibelasah oleh pelajar lain kerana membuat aduan kepada pihak asrama ekoran banyak almari telah dipecah.

Beliau mendakwa mangsa yang merupakan anak kawannya itu emrupakan ketua pelajar blok asrama berkenaan.


Video yang berdurasi 21 saat itu menunjukkan mangsa yang tidak berbaju dipukul oleh dua pelajar yang memakai baju Melayu biru dan putih.

Turut kelihatan, seorang lagi pelajar berbadan besar yang turut bersubahat dengan menarik mangsa.

Apapun harap pihak Polis Di Raja Malaysia dapat mengambil tindakan tegas dengan kejadian ini. -Siakapkeli.my

Penyanyi Kacak, Humood Alkhudher Akan Datang Ke Malaysia



Penyanyi yang popularitinya naik mendadak di Malaysia, Humood AlKhudher dikhabarkan akan datang ke Malaysia untuk promosi lagunya.

Penyanyi berusia 25 tahun itu menjadi kegilaan  peminat wanita bukan sahaja kerana lagunya malah juga kerana ketampanan pemuda arab tersebut.

Stesen radio Bernama24 telah mengesahkan, penyanyi tampan dari Kuwait itu akan datang ke Malaysia untuk bertemu dan menghiburkan peminatnya sempena siri jelajah promosi bermula 8 sehingga 14 Jun depan.


Humood melalui laman Facebook

 rasminya memuat naik ucapan penghargaan kepada para peminatnya di Malaysia dan Indonesia akan kedatangannya dan berterima aksih kerana sokongan yang diberikan terhadapnya.
















Lagu Kun Anta yang bermaksud Jadilah Diri Sendiri sememangnya mempunyai begitu banyak mesej dan lagu berunsur genre nasyid kontemporari itu jika diterjemahkan amat ringkas dan unik. -Siakapkeli.my


Monday, 1 June 2015

Punca Sebenar Bayi Ditinggal Dalam Kereta Dalam Keadaan Menyayat Hati Di Shah Alam Sebentar Tadi

Kejadian baru berlaku sebentar td dpn maybank s9 shah alam..sempat sya rakamkan ..Ibu/bapa bayi ini tidak kelihatan entah kemana..bayi sudah berpeluh dan enjin kereta/aircond tidak dihidupkan..kenapalah masih ada masyarakat kita yg tidak peka..terima kasih pd yg menbantu selamatkan bayi ini td..Allhamdulillah

Kejadian baru berlaku sebentar td dpn maybank s9 shah alam..sempat sya rakamkan ..Ibu/bapa bayi ini tidak kelihatan entah kemana..bayi sudah berpeluh dan enjin kereta/aircond tidak dihidupkan..kenapalah masih ada masyarakat kita yg tidak peka..terima kasih pd yg menbantu selamatkan bayi ini td..Allhamdulillah

Gila! Buat Pancake Dengan Menggunakan Darah Haid?

DISEBABKAN terlalu taksub menyokong program ‘Free Bleed’, seorang gadis berhijab mengambil keputusan untuk membuat pancake dengan menggunakan darah haidnya sendiri.

Ya, pancake dengan isi kandungannya adalah darah haid!

Entah apa ‘gilanya’ gadis yang elok berhijab dan menggelarkan dirinya Nur ini.

Melalui laman Instagram, dia berkongsikan beberapa gambar beserta bahan-bahan resepi makanan yang menjijikkan tersebut.

Berikut merupakan bukti pancake darah haid gadis ini yang dikongsikannya tanpa segan silu.

Bukan setakat pancake, terdapat juga waffle disaluti darah haid yang turut dibuatnya.

Pelbagai reaksi diberikan netizen mengenai isu ini dan rata-ratanya melemparkan kecaman kepada pemilik akaun Instagram berkenaan.

Salah seorang pengguna bukan Muslim turut memberikan teguran yang dikira agak ‘pedas’ berbunyi:

“If you’re going to embarrass yourself at least take your hijab (not sure if i’m correct here) off please. Do not drag the religion down with you, You’re worse then the bitch that ate a f***** tampon. (Jika anda ingin memalukan diri sendiri, sila tanggalkan hijab anda. Ini sangat memalukan buat agama anda, anda lebih teruk daripada perempuan murahan yang memakan tuala wanitanya sendiri).”

Manakala seorang pengguna lain menyarankan agar dijalankan pemeriksan mental kepada pemilik akaun terbabit.

Buat pengetahuan anda, kempen “Free Bleed” memperjuangkan hak wanita untuk berhenti menggunakan tampon dan wanita seharusnya bangga dengan haid mereka.

Tampon juga seperti tuala wanita yang digunakan semasa haid dan tersedia dalam pelbagai saiz.

Sampai sekarang, kami masih berharap apa yang dilakukan wanita ini tidak benar.. kerana dia mungkin mangsa aniaya.

– MYNEWSHUB.CC

ad banner