Penyanyi yang popularitinya naik mendadak di Malaysia, Humood AlKhudher dikhabarkan akan datang ke Malaysia untuk promosi lagunya.
Penyanyi berusia 25 tahun itu menjadi kegilaan peminat wanita bukan sahaja kerana lagunya malah juga kerana ketampanan pemuda arab tersebut.
Stesen radio Bernama24 telah mengesahkan, penyanyi tampan dari Kuwait itu akan datang ke Malaysia untuk bertemu dan menghiburkan peminatnya sempena siri jelajah promosi bermula 8 sehingga 14 Jun depan.
Humood melalui laman Facebook
rasminya memuat naik ucapan penghargaan kepada para peminatnya di Malaysia dan Indonesia akan kedatangannya dan berterima aksih kerana sokongan yang diberikan terhadapnya.
Lagu Kun Anta yang bermaksud Jadilah Diri Sendiri sememangnya mempunyai begitu banyak mesej dan lagu berunsur genre nasyid kontemporari itu jika diterjemahkan amat ringkas dan unik. -Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment