Tuesday, 2 June 2015

VIDEO: Pelajar Kolej Vokasional Pahang Buli Ketua Asrama


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian buli kolej vokasional di Kelantan yang meninggal dunia selepas dibelasah oleh kawan-kawan kolejnya  kerana mendakwa dia tidak menghormati senior asrama.

Hari ini menjadi viral pula di laman sosial sebuah video yang melibatkan satu lagi kes buli melibatkan pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan di Bentong, Pahang.

Menurut pemilik akaun Facebook
 Adam Aki yang memuatnaik video tersebut, kejadian buli itu berlaku melibatkan anak kepada rakannya yang dibelasah oleh pelajar lain kerana membuat aduan kepada pihak asrama ekoran banyak almari telah dipecah.

Beliau mendakwa mangsa yang merupakan anak kawannya itu emrupakan ketua pelajar blok asrama berkenaan.


Video yang berdurasi 21 saat itu menunjukkan mangsa yang tidak berbaju dipukul oleh dua pelajar yang memakai baju Melayu biru dan putih.

Turut kelihatan, seorang lagi pelajar berbadan besar yang turut bersubahat dengan menarik mangsa.

Apapun harap pihak Polis Di Raja Malaysia dapat mengambil tindakan tegas dengan kejadian ini. -Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment

ad banner