Menjadi selebriti ini bukan lah perkara mudah sebenarnya. Terutama bagi selebriti ternama seperti Che Ta. Baru baru ini Rozita Che Wan di kritik di laman instagramnya kerana dikatakan memakai seluar pendek dan mengenakan hijab.
Gambar tersebut dirakam ketika Che Ta sedang bercuti bersama keluarga di London.
“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu”
“Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata. Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Biarlah apa orang nak cakap, saya cool,” ujar Che Ta.
No comments:
Post a Comment