Showing posts with label Sport Musang. Show all posts
Showing posts with label Sport Musang. Show all posts

Tuesday, 30 June 2015

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Apabila anak batuk kerana tidak sihat, biasanya ramai ibu bapa akan merasa risau dan kasihan melihat keadaan mereka. Kali ini kami ingin berkongsikan petua, bagaimana untuk melegakan batuk anak-anak kita.

Anak batuk


Madu asli

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Kunyit hidup atau bawang putih

Gosok kunyit hidup dimana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Daun Kaduk 

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Kismis 

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Daun Bunga Tahi Ayam

Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah.

10-Keistimewaan-Berpuasa


Pertama. Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamakan Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi SAW dalam satu hadisnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh ahli puasa Ramadhan, maka tidak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua. Allah telah memfungsikan puasa umat Nabi Muhammad SAW sebagai benteng yang kukuh dari seksa api neraka, tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul SAW bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari seksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).

Ketiga. Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya lebih harum dari minyak misik (haruman kasturi). Sehingga Rasul bersabda, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat. Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa iaitu bahagia ketika berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak.

Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir.

Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Kelima. Puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menjaga kesihatan dan sembuh dari pelbagai penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam. Keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada orang yang puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari seksa api neraka. Matanya tidak akan melihat api neraka.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh. Dalam Al-Qur'an Allah berfirman yang bermaksud, “(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Qs. At Taubah: 112).

Firman Allah Ta’ala lagi, "Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. (Az-Zumar: 10)

Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari zat Yang Maha Pemberi, Allah s.w.t.

Kelapan. Di saat puasa inilah Allah memberi keistimewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan bertujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya jugalah ibadah.

Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipat gandakan (pahalanya).”

Kesembilan. Di antara cara Allah dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa pahalanya sama dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun hanya dengan sepotong roti atau seteguk air.

Dalam satu riwayat Nabi bersabda, "Seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan, meskipun hanya seteguk air. (Hadis riwayat Abu Ya`la).

Kesepuluh. Orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para Malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya.

Wallahu a'lam

Remaja Perempuan ‘Uzur’ Dibelasah Ibu Saudara Kerana Tidak Berpuasa

Hanya gara-gara tidak berpuasa kerana datang bulan seorang ramaja perempuan berusia 12 tahu telah dibelasah oleh ibu saudaranya kerana menyangka dia sengaja tidak berpuasa di sini.

Kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu, mangsa baru pulang daripada sekolah dan telah diminta oleh ibu saudaranya untuk menyidai pakaian.

Dibelasah Ibu Saudara Kerana Tidak Berpuasa Walaupun ‘Uzur’

Sumber polis berkata, ketika mangsa menyidai pakaian, ibu saudaranya itu telah melihatnya dari jauh dan menghampiri mangsa dengan bertanya kepadanya puasa atau tidak kerana dia kelihatan segar.

“Mangsa yang uzur pada hari berkenaan mengaku tidak berpuasa dan menyatakan akan menggantinya pada hari lain. Jawapan mangsa itu menyebabkan ibu saudaranya naik angin sebelum menamparnya di muka.

“Tindakan kejam wanita itu tidak berhenti begitu saja sebaliknya mangsa ditolak ke tanah sebelum ditendang beberapa kali di bahagian perut hingga wanita itu puas hati,” katanya.

Mangsa telah dibelasah sehingga lemah dan suspek meninggalkan mangsa bersendirian di situ.

Mangsa engan bantuan jiran yang menyaksikan kejadian itu telah pergi membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way.

Upacara Panggil Hujan Di Thailand Guna Doraemon

Penduduk kampung di daerah Nong Muang Khai yang terjejas teruk akibat kemarau, kelmarin menggunakan patung kartun Doraemon dalam satu upacara untuk panggil hujan.

Mereka menggunakan patung watak kucing robot popular itu bagi menggantikan kucing hitam untuk mengelak dituduh mendera haiwan.

Pengusaha ladang jagung di Wang Luang meletakkan patung Doraemon itu dalam satu sangkar kayu sebelum diarak sekeliling kampung untuk meminta hujan.

Guna Doraemon Panggil Hujan

Seorang penduduk, Rattakarn Jantanu berkata, mereka bersetuju untuk membuat upacara tradisi bagi meminta hujan itu selepas wilayah berkenaan terjejas teruk akibat kemarau.

Mengikut upacara itu yang asal, mereka sepatutnya meletakkan seekor kucing hitam di dalam sangkar kayu sebagai korban untuk panggil hujan.

Bagaimanapun, kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan orang ramai, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan patung kucing.

“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.

Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.

“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya. 

Sunday, 28 June 2015

Apa Sebenarnya Kelebihan Buah Kurma Berbanding Buah-buahan Lain?

Khasiat buah kurma


Nama saintifik buah kurma adalah Phonex Dactylifer dan boleh di makan masak atau mentah
Terdapat banyak khasiat boleh di dapati dalam buah kurma antara kelebihan-kelebihannya yang utama adalah:

1. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

2. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran

3. Mencegah Serangan Strok

4. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

6. Mudah Hadam dan Menambahkan Tenaga

7. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran

8. Menjadi makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Sangat berkhasiat

Kurma mengandungi banyak zat dan vitamin yang di perlukan dalam tubuh. Rasanya yang sangat manis dan lazat membuatkan ianya unik.

Ada sesetengah kanak-kanak hairan dan menanyakan kepada ibu bapa mereka, “Mama, buah ni ada gula ke?”

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa. 

Serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan. Kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. 

Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. 

Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang wujud antaranya:
Jenis buah kurma


Anda sendiri tidak tahu jenis kurma apa yang anda selalu makan bukan? Lepas ini anda boleh rasa dan bezakan satu-satu kelainan kurma tersebut.

Ada jenis jumbo, kering, basah, tiada biji dan sebagainya. Kurma juga tahan lama dan tidak mudah rosak. Juga turut popular di jual di pasaran walaupun bukan di bulan Ramadhan.

Kerana rasanya yang sungguh enak, wujud kreativiti oleh manusia untuk di jadikan kuih raya, kek, bahan masakan dan di jadikan snek bagi kanak-kanak apabila dibuat seperti coklat.

Korban Ramadhan: Tegur Adik Tak Puasa, Abang Maut Dilibas Dengan Pisau



KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut akibat cedera parah di leher selepas dilibas dengan pisau oleh adik lelakinya dalam kejadian di Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan bertengkar dengan suspek dalam rumah mereka.

“Kejadian bermula apabila mangsa bertengkar dengan adiknya yang berusia 26 tahun disebabkan suspek tidak berpuasa.

“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kedua mereka apabila mangsa bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di bahagian dapur dan suspek turut ke dapur mengambil pisau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Zailan berkata ketika pergaduhan, suspek menyerang abangnya dengan melibas pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di leher kiri.

“Suspek berhenti menyerang mangsa apabila melihat darah mengalir banyak di bahagian leher si mati.

“Akibat kecederaan itu, mangsa keluar dari rumah bersama seorang rakan lelaki dengan memandu Proton Wira milik suspek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya.

Zailan berkata mangsa, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata polis menahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

"Sampai hati Yaya diperlakukan seteruk ini,"

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota badan, dipercayai didera ibu tirinya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.

Kejadian itu hanya disedari ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 28, pada Khamis lalu, selepas mengambil anaknya di rumah bekas suaminya, sejurus dihubungi ibu tiri mangsa yang meminta mengambil kanak-kanak terbabit kerana tidak mampu menjaganya.

Difahamkan, kanak-kanak itu dijaga oleh bapa kandungnya selepas ibu bapa mangsa bercerai sejak tahun 2013.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak bermaya selain dipenuhi kesan parut di tubuh badan, termasuk parut lama.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya didera.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes terbabit disiasat 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis sudah mengambil keterangan ibu kandung mangsa. 

Kanak Kanak 5 Tahun Didera Ibu Tiri Derita 6 Bulan




Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang didera ibu tiri di Rantau panjang, dekat sini, bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang.


Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, 10 bahagian tulang rusuk kanak-kanak itu patah.

Katanya, mangsa juga dalam keadaan trauma dan mengalami radang paru-paru hingga mengganggu pernafasannya.

"Kecederaan yang dialami mangsa berkemungkinan berlaku di antara tiga hingga enam bulan lalu.
"Kita masih menjalankan siasatan dan mangsa dilindungi mengikut Seksyen 51 Akta Kanak-kanak 2011," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Menerusi Harian Metro hari ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang, dekat sini.


Kejadian itu disedari ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28, Rabu lalu selepas mengambil anaknya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri mangsa.

Hairul Azreen Cadang Lepak Disco Jika Kedai Makan Tutup Jam 12 Malam





Seperti yang kita sedia maklum, dalam dua hari lepas kecoh dengan cadangan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menghadkan waktu operasi kedai makan tidak melebihi 12 tengah malam.


Cadangan yang dilampirkan itu kebanyakkannya tidak dipersetujui oleh netizen terutamanya dalam kalangan generasi muda termasuklah pelakon Hairul Azreen, 27.

Melalui akaun Instagramnya, Hairul Azreen meluahkan rasa tidak puastinya dengan menulis kapsyen yang seolah-olah menyindir Shahidan Kassim.






Lepas Ni Kita Lepak Club Sampai Pukul 3 Pagi Dan Tak Sosial

Selain itu, Hairul juga ada juga mempertikaikan mengenai isu GST dan mata wang Malaysia jatuh. Namun begitu, tindakan Hairul Azreen ini disokong oleh peminatnya sendiri.


kalau diperhatikan semula cadangan yang diberikan oleh Shahidan Kassim ini memang  tidak relevan kerana orang muda zaman sekarang mereka gemar meluangkan masa bersama keluarga dan kawan di kedai mamak.

Jadi, memang agak mustahil kalau cadangan ini dilakukan dan mungkin boleh menyebabkan gejala sosial semakin teruk lagi.

Saturday, 27 June 2015

Gorila ‘Hensem’ Berjaya Pikat Hati Ramai Wanita Di Jepun


Seekor gorila jantan yang tinggal di Zoo Higasyiyama dan Taman Botanical di Nagoya, Jepun, telah mensensasikan pengguna media sosial kerana ‘kekacakan’ yang dimiliki.
Gorila yang diberi nama Shabani itu telah menjadi viral selepas gambar mukanya tersebar di laman makro twitter.
Menurut sumber, ramai pengunjung wanita yang datang ke zoo itu telah jatuh hati serta terpikat dengan gayanya yang dikatakan sangat hot dan hensem!
Tapi malangnya, Shabani dikatakan sudah berpunya dan memiliki dua ekor pasangan, Ai dan Nene serta anak yang diberi nama Kiyomasie dan Annie.
Shabani telah dibesarkan di Zoo Taronga di Sydney dan telah berpindah ke Jepun pada tahun 2007.
Pihak zoo juga menyatakan kerana tarikan yang ada pada Shabani, pengunjung wanita di zoo itu telah meningkat.
Jurucakap zoo itu, Takayushi Ishikawa menyatakan populariti yang diperolehi oleh Shabani tidak dijangka sama sekali.
“Shabani menyedari akan populariti yang diperolehinya tetapi gorila itu tetap berkelakuan seperti biasa,” katanya kepada sumber.
Tengok sahaja gambar-gambar yang telah diambil, bukan main fotogenik lagi Shabani, macam mana perempuan tak terpikat!

29FA811300000578-0-image-m-10_1435273209894
29FA811F00000578-0-image-m-15_1435273303908
29FA811700000578-0-He_has_attracted_a_large_following_of_admirers_who_come_visit_hi-m-26_1435275869734
29FCBAB300000578-3139679-image-a-7_1435298266283
29FCBB0700000578-3139679-image-m-11_1435298353926
29FCBAB700000578-3139679-image-a-12_1435298361030
29FA812700000578-0-image-a-11_1435273234749

29FA812F00000578-0-His_adoring_Twitter_following_often_refers_to_him_as_an_ikemen_w-m-24_1435275446503


29FA811F00000578-0-image-m-15_1435273303908

29FA811700000578-0-He_has_attracted_a_large_following_of_admirers_who_come_visit_hi-m-26_1435275869734

29FCBAB300000578-3139679-image-a-7_1435298266283

29FCBB0700000578-3139679-image-m-11_1435298353926

29FCBAB700000578-3139679-image-a-12_1435298361030
29FA812700000578-0-image-a-11_1435273234749

VIDEO: Prank Badut Pembunuh Paling Menakutkan


Video prank badut pembunuh sememangnya menjadi kegemaran orang ramai menerusi laman perkongsian video popular Youtube.
Terbaharu, video yang dimuat naik dii Youtube dua hari lepas ini telah mencecah lebih 700,000 tontonan.
Prank yang dilakukan ini mungkin prank yang paling menakutkan pernah dilihat!
Menurut pihak produksi video prank ini, mereka telah berhadapan dengan pelbagai risiko termasuklah ditahan serta disaman pihak berkuasa.
Mereka memerlukan 25 hari untuk membuat penggambaran serta suntingan video, secara keseluruhan mereka perlukan 3 bulan untuk menyiapkan video ini.

“Amoi Pakai Baju Kurung Sangat Comel” (Gambar)




PETALING JAYA: Gambar beberapa orang gadis bukan Melayu memakai selendang ketika menghadiri majlis di Masjid Al Falah Subang Jaya menarik perhatian ramai.

Walaupun tidak menutup aurat sepenuhnya, namun pengguna laman sosial memuji mereka kerana sekurang-kurangnya mematuhi adab berpakaian.
Wanita berkenaan adalah kakitangan dan pelatih di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh.
Mereka menghadiri program pemberian peruntukan kepada masjid dan surau di Subang Jaya di Masjid Al Falah, USJ9, pada Isnin.

Keayuan gadis-gadis bukan Islam memakai selendang dan berbaju kurung itu sehinggakan ada pengguna yang membuat komen nakal bertujuan mengusik.
“Amoi pakai baju kurung sangat comel,” tulis Muhammad Harris Nasril.
“Cantik uols dengan selendang. Keep up the good work yb Hannah,” tulis Muhamad Amin Firdaus.
Menurut Hannah, sebanyak enam masjid menerima sumbangan Ramadan sebanyak RM2,000 setiap masjid manakala 18 surau menerima RM1,000.
“Peruntukan ini disediakan oleh pejabat saya yang kita sediakan setiap tahun,” tulisnya di Facebook.
Hannah Yeoh berkata, dia dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut mengadakan dialog dan berbuka bersama pengurusan masjid dan surau.
Di sebalik pujian itu, terdapat pengguna Facebook yang memperli Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof P Ramasamy yang sebelum ini mendakwa pemakaian sarong kepada bukan Islam adalah proses mengislamisasi.
Ramasamy dilaporkan berkata demikian apabila mengulas kejadian seorang wanita diminta memakai sarong kerana tidak mematuhi etika pakaian ketika berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju.
“Mana itu Ramasamy sama Satees Muniandy… Tak mahu biat aduan kepada Lembaga Disiplin DAP… Bukan kah ini satu proses Islamisasi…. Amacam??? Ada berani???,” tulis Izaharuddin.
“Teresa Kok pls help this amoi wakaka,” perli pemilik akaun Dell Vegas.

‘Rupa Saya Sebabkan Kereta Kemalangan’- Wanita Dikecam Kerana Perasan Cantik (Gambar)




Kata orang, tiada yang lebih membuatkan seorang wanita nampak cantik, selain keyakinan yang tinggi.
Tetapi lain pula yang terjadi kepada wanita berusia 58 tahun dari United Kingdom ini. Stephanie Arnott dengan yakin memberitahu semua orang bagaimana dia sering menjadi perhatian lelaki kerana kecantikan yang dimilikinya.
Sayangnya, reaksi orang ramai langsung tidak menyokong kenyataannya itu.

Arnott muncul dalam rancangan bual bicara This Morning dan memberitahu kecantikannya membuatkan ramai lelaki menangis melihat kecantikannya.
Malah dia juga memberitahu, kecantikannya itu pernah membuatkan seorang lelaki yang sedang memandu, tidak dapat mengawal kenderaannya dan kemalangan.
Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 38 tahun itu juga tanpa segan silu berkata, dia sememangnya sudah cantik semenjak remaja.
Dia juga dengan yakin menegaskan, dia sepatutnya bergelar model Vogue namun masalah ketagihan gula yang dialaminya menghalang hasratnya itu.
Sumber: AstroAwani

Shahrul Yang ‘Flirt’ Dengan Saya – Elizabeth Tan



Elizabeth Tan. Memang bergetar iman melihat penyanyi lagu Knock Knock ini. Kalau tak kerana dalamnya cinta Abang Nara kepada anak bini, memang teringin juga diri ini mengorat Elizabeth Tan. Mungkin itu yang terjadi kepada Shahrul, tunang kepada Adira yang dimaklumkan telah ‘flirt’ dengan Elizabeth Tan. Tak boleh salahkan Shahrul. Lelaki mana yang tak jatuh hati melihat Elizabeth Tan. Bergelodak jiwa raga.


Pengakuan Elizabeth Tan tentang ‘flirt’ atau dalam bahasa Melayunya mengorat oleh Shahrul ini timbul selepas dirinya dikatakan menjadi punca putusnya pertunangan antara Shahrul dan Adira. Kata Elizabeth Tan:-
Shahrul sendiri yang memulakan langkah untuk mendekati saya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video. Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang.
Malah daripada cara dia sendiri, dari awal pun memang dia nak mengorat. Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back.
Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya

Nampaknya cinta Shahrul kepada Adira tidak cukup dalam sehingga tergugat dengan kemunculan Elizabeth Tan. Namun kadangkala memang ada lelaki yang jenis ayat manis kepada semua kawan wanitanya. Mungkin Shahrul termasuk jenis itu. Hmmmm. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan Shahrul tentang kontroversi ini. Sumber RotiKaya.

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Keaiban Kita

Kemarau



Pada zaman Nabi Musa a.s., bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka.
Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami." 

Maka berangkatlah Nabi Musa a.s. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih daripada 70 ribu orang. Mulalah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan kumuh penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa a.s. berdoa, namun, langit tetap terang benderang, matahari pun bersinar makin kemilau. Segumpal awan pun tak juga muncul.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi...

Allah SWT pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kamu ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kamu semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian."

Maka Nabi Musa a.s. pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tidak diturunkan kepada kaum kita."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, ketika itu dia sedar bahawa dirinyalah yang dimaksudkan.

Dia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan tidak akan diturunkan."

Maka hatinya pun gundah gulana, air matanya pun menitis, menyesali maksiatnya selama ini sambil berkata dalam hati, "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadamu selama 40 tahun, selama itu Engkau menutup aibku. Dan sekarang aku bertaubat kepada Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas taubatnya itu, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia." 

Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kamu disebabkan hamba yang kerananya hujan tidak turun."

Musa berkata, "Ya Allah, Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku, adakah Aku akan membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku?!"

Friday, 26 June 2015

Tips Berpuasa Bagi Ibu Dan Wanita Hamil

Di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, pastinya ibu hamil juga turut tidak mahu melepaskan peluang ini untuk meneruskan ibadah sepanjang bulan Ramadhan. 


Puasa ibu hamil

Tidak dinafikan ada ibu-ibu yang berjaya melaluinya dengan baik. Selain dari tahap kesihatan ibu dan anak, gaya hidup juga memainkan peranan bagi memastikan ibu-ibu sentiasa cergas. 

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil

  • Pastikan ibu bangun untuk bersahur dan tidur awal.
  • Banyakkan pengambilan air masak 2-3 liter semasa bersahur dan sepanjang malam selepas berbuka.
  • Jangan mengambil minuman berkafeian seperti kopi dan teh semasa bersahur. Ini akan menyebabkan ibu terhidrat.
  • Mengamalkan makanan yang tinggi serat semasa bersahur seperti roti dan bijirin yang ‘high fiber’ bersama susu dan buah-buahan.
  • Mengambil diet yang seimbang dan makanan sihat semasa berbuka.
  • Dahulukan dengan kurma bagi mengimbangi kadar gula dalam badan.
  • Elakkan makanan tinggi garam dan berlemak bagi memastikan sistem percernaan tidak terganggu.

Adakah Selamat Berpuasa Bagi Ibu Hamil?

Ibu hamil boleh menjalani ibadah berpuasa sekiranya kesihatan ibu dan anak dalam kandungan adalah mengizinkan. Namun begitu, ibu hamil dikecualikan dari berpuasa sekiranya mengalami keadaan seperti:
  • Sakit kepala yang kronik, pengsan dan menjadi sangat lesu.
  • Loya dan muntah-muntah yang teruk.
  • Mengesan kelainan pada pola pergerakan bayi.
  • Sekiranya mengesan sebarang kelainan, ibu disarankan untuk merujuk kepada pakar perubatan.
  • Dehidrasi.
  • Ia dapat dikesan dengan keadaan air kencing yang bewarna pekat dan berbau.
  • Merasa sakit seperti hendak bersalin.
  • Mempunyai penyakit seperti diasbetis yang memerlukan ibu mengambil ubat pada waktu tertentu.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada para ibu.. :)

Cara Nak Tahu Jika Ada Orang Guna Gambar Anak Anda

Kejadian yang menimpa Harith Iskander wajar dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa khususnya yang mempunyai anak. Harith yang jijik melihat gambar anaknya terpapar di laman web lucah kini telah membuat laporan polis.


Bagaimanakah cara anda nak tahu sekiranya gambar anak anda digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?

Jika penulisan memberi pengajaran mungkin kita boleh terima. Tapi, sekiranya dimasukkan dalam blog lucah dan sebagainya yang tidak patut, pasti menimbulkan amarah dan kerisauan.

Google Images


Gunakan Google Images untuk mengenalpasti sekiranya gambar anak anda telah digunakan. Cara ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan PC atau LAPTOP anda.


Langkah 1: Taip https://www.google.com/ dan klik 'images' pada bucu kanan
Langkah 2: Tekan gambar kamera
Langkah 3: Muatnaik gambar atau 'paste' url gambar anda
Langkah 4: Tunggu sehingga enjin carian Google memaparkan keputusan.

Semoga info ini memberi manfaat dan kepada anda di luar sana, jangan pandang remeh dengan laman web lucah yang melibatkan kanak-kanak. Golongan pedophile ini mungkin berada di sekitar anda.

Sekiranya gambar anak anda tersenarai dalam laman web lucah, segera laporkan kepada pihak berkuasa.

Peristiwa Penting Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan menjelma lagi. Pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal diperlukan untuk menempuhi bulan yang diberkati ini.

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana setiap mukmin diwajibkan menunaikan puasa sehari semalam selama satu bulan. 

Bulan Ramadhan sememangnya memberi seribu pengertian kepada umat Islam. Di dalam bulan ini tersembunyi satu malam yang paling mulia, iaitu Lailatul Qadar.

Sekiranya seorang mukmin beribadat di malam ini, ia akan digandakan pahalanya bagaikan beribadat seribu tahun. Bergitulah berkatnya malam Lailatul Qadar ini. 

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa peristiwa yang terjadi di Bulan Ramadhan yang memberi seribu pengertian dan kesan psikologi kepada Umat Islam. Antara peristiwa-peristiwa itu adalah: 

1. Turunnya wahyu pertama kepada Rasullulah saw

Peristiwa ini terjadi ketika baginda Rasulullah SAW beribadat di Gua Hira’. Kedatangan Jibrail as amat memeranjatkan Rasullulah. Wahyu pertama ini terkandung dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Alaq. 

Kesan kepada Islam: Rasullulah saw telah dipertemukan pertama kali dengan Jibrail as. Saat ini merupakan detik paling mengujakan bagi umat Islam keseluruhannya kerana ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Sejak wahyu pertama ini, Rasullulah SAW kemudiannya telah mendapat banyak lagi wahyu yang kemudiannya dimuatkan di dalam Al-Quran. 

2. 17 Ramadhan 2H: Meletusnya Perang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar

Di riwayatkan terjadi pada hari Jumaat 17 Ramadhan 2H. Tentera umat Islam seramai 300 orang manakala tentera kaum Musyrikin Mekah adalah kira-kira 1000 orang.

Dipercayai tentera Islam terpaksa menunggang seekor unta untuk 2 orang. Peperangan berat sebelah ini akhirnya memihak kepada umat Islam.

Antara tokoh Musyrikin Mekah yang gugur adalah Abu Jahal laknatullah. 

Kesan kepada Islam: Islam telah berjaya menghadapi perang yang dianggap hidup dan mati Islam ini dengan jayanya. Sekiranya Islam kalah dalam peperangan ini, sesungguhnya tidak mungkin Islam akan tersebar ke seluruh dunia sepertimana terjadi pada hari ini. Inilah perang yang digelar talian hayat Islam.

3. Ramadhan 5H: Persiapan Perang Khandaq

Perang Khandaq dikenali sedemikian kerana perang ini melibatkan parit-parit yang digali mengelilingi khemah-khemah kaum Muslimin. Pengalian parit ini disyorkan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu, Salman Al-Farisi.

Kerja-kerja penggalian dimulakan pada bulan Ramadhan, 5H. Meskipun berpuasa, ia tidak menjadi halangan kepada mereka. Perang ini akhirnya dimenangi oleh umat Islam pada Bulan Zulkaedah. 

Kesan kepada Islam: Sejak Perang Khandak, Islam telah membentuk perpaduan penuh di kalangan penganutnya. Perang yang berlanjutan selama beberapa bulan ini telah benar-benar menguji iman orang Islam waktu itu. Dengan Rasullulah SAW sebagai pemimpin, para sahabat menghadapi perang ini dengan sabar dan penuh perpaduan.

4. 20 Ramadhan 8H: Pembukaan Kota Mekah (Futhul Mekah

Akhirnya, Mekah berjaya dikuasai oleh Umat Islam pada 20 Ramadhan 8H. Ketika itu, Rasulullah SAW memimpin para sahabat baginda yang seramai 10,000 orang kesemuanya memasuki Mekah.

Diriwayatkan bahawa Rasullulah SAW dan para Sahabat mengenakan sut baju besi yang lengkap sebagai simbol kegagahan dan kekuatan tentera Rasullulah. Batalion Rasullulah SAW itu telah mengentarkan hati seluruh Arab Quraisy yang mana sebelum ini telah banyak membuatkan hati nabi kesayangan kita ini perit dan luka.

Rasullulah pernah dipulau, diusir serta terpaksa berhijrah ke Madinah. Semuanya kerana kejahilan dan kejahatan Musyrikan Quraisy. 

Kesan kepada Islam: Islam telah bertapak kukuh sejak peristiwa ini. Segala berhala dan gambar-gambar di dalam Kaabah telah dimusnahkan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW sendiri. Tanah Haram Mekah telah dimuliakan sejak daripada peristiwa Futhul Mekah. 

5. Ramadhan 9H: Penarikan balik daripada Perang Tabuk

Rasullulah SAW menarik balik tenteranya di medan Tabuk kerana tidak mendapati sebarang kelibat tentera Kristian Byzantine di sekitarnya. Perang ini mula meletus apabila Kristian Byzantine ingin meluaskan empayarnya ke Tanah Arab.

Rasullulah telah memimpin sendiri kempen kali ini dengan kekuatan 30,000 orang tentera dengan 10,000 orang adalah tentera berkuda. Diriwayatkan, setiba di Tabuk, tiada langsung kelibat sebarang tentera Rom. Akhirnya Rasullulah SAW menarik balik tenteranya daripada medan Tabuk dan pulang ke Madinah. 

Kesan kepada Islam: Kekuatan mental dan psikologi Umat Islam semakin tinggi. Dikatakan tiada sedikit pun pertumpahan darah berlaku.

Diriwayatkan, Rasullulah SAW telah dimakbulkan doanya apabila Allah SWT telah mengirimkan kira-kira 100,000 orang Malaikat untuk bersiap sedia menghadapi musuh. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk.

Mereka gentar dengan kehadiran seramai 100,000 ‘tentera muslimin’ yang berpakaian serba putih, sasa, tegap dan berbadan besar serta bersedia untuk berperang. Mereka menyangka kelibat 100,000 orang yang menunggu mereka itu adalah tentera muslimin.

Dengan rasa gerun, tentera Kristian Byzantine berundur dari medan perang. Sejak Perang Tabuk, tentera muslimin semakin utuh dan kental. 

6. Ramadhan 92H: Penawanan Andalusia

Tariq Bin Ziyad yang megetuai 12,000 orang tentera Islam berdepan dengan tentera Kristian seramai 90,000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic of Vasigoth. Tariq Bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakar kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. 

Beliau berkata: ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid.” 

Tindakan bijak Tariq Bin Ziyad telah memberi motivasi penuh kepada tentera mukmin. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera Kristian pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Bagaimanapun, Tariq Bin Ziyad telah dihukum pancung kerana dipercayai difitnah oleh pembesar bani Umayyah. 

Kesan kepada Islam: Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalusia, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun. 

7. Ramadhan 129H: Kemenangan Abu Muslim Al-Khorasani ke atas dinasti Umayyah

Abu Muslim Al-Khorasani telah memimpin tentera yang memihak kepada keluarga Abbas untuk melakukan revolusi ke atas dinasti Umayyah. Revolusi mula tercetus apabila kemangkatan Khalifah Umayyah, Hashim Ibnu Al-Malik.

Kemenangan Abu Muslim telah menyemarakkan keluarga Abbas untuk menaiki takhta seterusnya menumbangkan dinasti Umayyah. Bagaimanapun, Abu Muslim telah dibunuh sepertimana yang telah berlaku kepada Tariq Bin Ziyad. 

Ironinya, beliau dibunuh oleh adiknya sendiri. Selepas kematiannya, Bani Abbassiyah telah mengumpul pelbagai musuh politik terutamanya daripada pengikut setia Abu Muslim. 

Kesan kepada Islam: Bani Umayyah tumbang dan diganti oleh Bani Abbasiyyah. Pada masa ini, kegemilangan Islam tetap utuh meskipun terdapat pelbagai perang saudara di antara satu sama lain. 

8. Ramadhan 584H: Kemenangan Salahuddin al-Ayubi pada Perang Hittin 

Panglima agung Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib pimpinan Guy de Lusignan, Raymond III of Tripoli, Gerrard de Rideford, Balian of Ibelin dan Raynand of Chatillon. 

Dipercayai, Perang Hattin ini telah menyebabkan pihak tentera salib kehilangan 17,000 daripada kira-kira 20,000 orang tentera mereka. Di akhir perang ini, Guy de Lusignan, Gerrard de Rideford dan Raynand of Chatillon ditangkap. 

Tetapi, hanya Raynand of Chatillon sahaja dipancung kerana kebiadaban Raynand of Chatillon membunuh kabilah haji ke Mekah dan umat Islam di Juruselam. Guy de Lusignan dan Gerrard de Rideford dibebaskan oleh panglima yang terkenal sebagai hati mulia ini dengan tanpa syarat. 

Kesan kepada Islam: Menjadi titik tolak kepada kejayaan Islam dalam Perang Salib seterusnya. Juruselam juga berjaya dibebaskan dari cengkaman Kristian. Melalui perang ini juga, reputasi Salahuddin bin Ayubbi telah tersebar hingga ke Eropah sehinggakan terdapat duti khas untuk membelanjai peperangan salib seterusnya dikutip di England dan Perancis yang dinamakan sebagai Saladin tithe.


ad banner