Monday, 1 June 2015

Gila! Buat Pancake Dengan Menggunakan Darah Haid?

DISEBABKAN terlalu taksub menyokong program ‘Free Bleed’, seorang gadis berhijab mengambil keputusan untuk membuat pancake dengan menggunakan darah haidnya sendiri.

Ya, pancake dengan isi kandungannya adalah darah haid!

Entah apa ‘gilanya’ gadis yang elok berhijab dan menggelarkan dirinya Nur ini.

Melalui laman Instagram, dia berkongsikan beberapa gambar beserta bahan-bahan resepi makanan yang menjijikkan tersebut.

Berikut merupakan bukti pancake darah haid gadis ini yang dikongsikannya tanpa segan silu.

Bukan setakat pancake, terdapat juga waffle disaluti darah haid yang turut dibuatnya.

Pelbagai reaksi diberikan netizen mengenai isu ini dan rata-ratanya melemparkan kecaman kepada pemilik akaun Instagram berkenaan.

Salah seorang pengguna bukan Muslim turut memberikan teguran yang dikira agak ‘pedas’ berbunyi:

“If you’re going to embarrass yourself at least take your hijab (not sure if i’m correct here) off please. Do not drag the religion down with you, You’re worse then the bitch that ate a f***** tampon. (Jika anda ingin memalukan diri sendiri, sila tanggalkan hijab anda. Ini sangat memalukan buat agama anda, anda lebih teruk daripada perempuan murahan yang memakan tuala wanitanya sendiri).”

Manakala seorang pengguna lain menyarankan agar dijalankan pemeriksan mental kepada pemilik akaun terbabit.

Buat pengetahuan anda, kempen “Free Bleed” memperjuangkan hak wanita untuk berhenti menggunakan tampon dan wanita seharusnya bangga dengan haid mereka.

Tampon juga seperti tuala wanita yang digunakan semasa haid dan tersedia dalam pelbagai saiz.

Sampai sekarang, kami masih berharap apa yang dilakukan wanita ini tidak benar.. kerana dia mungkin mangsa aniaya.

– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

ad banner