Wednesday, 1 July 2015

Ayah Ini Cabuli Anak Tirinya Sehabis Sahur




Bahrun alias Arun, 54 tahun, tega melakukan perbuatan cabul terhadap anak tirinya yang mengalami keterbelakangan mental. Parahnya lagi ia tetap melakukan perbutan cabulnya itu meski saat sedang bulan Ramadhan.
Karena cacat mental, korban tidak dapat memberitahukan berapa kali ayah tirinya yang merupakan warga Desa TelukKuali, Kecamatan Tebo Ulu, Jambi itu melakukan tindak pemerkosaan pada dirinya. Namun dipastikan tersangka sudah beberapa kali melakukan pencabulan terhadap anak tirinya itu.
“Karena kondisi mentalnya, korban tidak bisa menghitung dan mengingat,” ungkap Kasat Reskrim Polres Tebo, AKP Sahlan, Minggu (28/6/2015), seperti dilaporkan Metrotvnews.com.
Bahrun diketahui melakukan pencabulan pada Rabu 24 Juni sekitar pukul 05.00 WIB saat korban sedang tidur dan ibu korban yang merupakan istri pelaku, sedang keluar mengambil wudhu.
Kejadian pencabulan itu diketahui pada hari Rabu 24 Juni sekitar pukul 05.00 WIB. Saat itu ibu korban yang merupakan istri pelaku, sedang keluar untuk mengambil wudhu sedangkan korban sedang tertidur pulas.
Saat tengah melakukan aksi pencabulannya itu, kebetulan ibunya baru kembali dari sumur dan melihat suaminya tengah melakukan aksi bejatnya itu. Tak berselang lama istrinya itu kemudian melaporkan perbuatannya itu ke Polsek Tebo Ulu
Mendapatkan laporan tersebut pada Kamis 25 Juni, pihak Polsek Tebo Ulu langsung menagkap pelaku dan menyeerahkannya ke Reskrim Polres Tebo guna dilakukan penyelidikan lebih lanjut.
“Dari hasil penyelidikan diduga pelaku mengidap hypersexual. Istri pelaku yang juga ibu korban sudah tidak sanggup melayani pelaku. Ini juga merupakan pernikahan pelaku yang ketujuh kalinya dan dilakukan pada 2008 lalu,” ungkap Sahlan, seperti dilaporkan Metrotvnews.com. Kini pelaku pencabulan tersebut akan dijerat dengan UU Perlindungan Anak dengan ancaman kurungan selama 15 tahun penjara. Sumber

Pesta Kenduri Anak Selepas Sahur ‪#‎KisahBenar‬ -



BINATANG BETUL.... SEORANG BAPA YANG 

SEPATUTNYA MENJAGA DAN MENGHORMATI 

MARUAH ANAK SENDIRI TELAH MEMPERK@SA 

ANAKNYA SEHINGGA HAMIL...

PALING MENYEDIHKAN ANAKNYA YANG BERUSIA 12 

TAHUN KINI HAMIL 1 BULAN DAN... BACA LAGI 

KISAH SEDIH SELANJUTNYA...


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI






Emma Maembong Akui Terkesan Setelah Putus Cinta Dengan Zizan

Emma Maembong Akui Terkesan Setelah Putus Cinta Dengan Zizan | Emma Maembong mendedahkan perpisahannya dengan pelawak Zizan Razak pada awal Januari lalu memberi kesan mendalam pada dirinya sehingga dia mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan diri.

Emma Maembong Akui Terkesan Setelah Putus Cinta Dengan Zizan

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, bagaimanapun menyifatkan ia antara pengalaman dan kitaran hidup yang dilalui selain perlu belajar meneruskan aktiviti seperti biasa.

"Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot.

"Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita," katanya.

Emma menerusi laporan akhbar pada awal Januari lalu mengesahkan bahawa hubungannya dengan pelawak Zizan Razak sudah pun berakhir namun dia enggan bercerita lanjut punca perpisahan itu.

Sementara itu, Emma berkata, dia bersyukur kerana ketika hatinya dibelenggu rasa sedih, keluarga dan rakan-rakan terdekat sering memberi sokongan dan semangat untuk dia meneruskan kehidupan seperti biasa.

Malah pengarah Micheal Ang turut membuatkan dia lupa dirinya sedang kecewa dengan menawarkan pelbagai kerja lakonan sehingga kini.

"Mujurlah sejak perpisahan itu, saya sentiasa sibuk dengan penggambaran. Micheal Ang banyak beri saya tawaran berlakon. Jadi tak adalah terasa sangat.

"Alhamdulillah, kerjaya lakonan juga semakin kukuh dan apa yang telah berlaku sebelum ini membuatkan diri lebih matang," ujarnya.

Emma kini dikaitkan bercinta pula dengan pelakon Kamal Adli.

sumber
http://ift.tt/1R66ZEs

Hilang jari akibat mercun buatan sendiri ! Berhati-hatilah ketika bermain mercun.



KOTA BHARU: Muhammad Rizaimie Zamri, seorang pelajar berusia 15 tahun hilang empat batang jari selepas terkena mercun buatan sendiri.

Dia dipercayai menjadi mangsa pertama bermain mercun di Kelantan.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 8 malam tadi di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat.

Ibu mangsa, Che Rosmaini Che Sulaiman berkata anaknya keluar rumah sebaik sahaja mereka sekeluarga selesai berbuka puasa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar bunyi dentuman kuat. Pada mulanya saya tidak menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun yang anak saya main bersama kawan-kawannya.

“Saya kemudiannya bergegas keluar rumah dan mendapati anak saya sudah dibawa abang saya dengan kereta ke hospital,” katanya.

Keadaan empat batang jarinya yang hancur itu sekaligus menyukarkan pembelajarannya, demikian menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ab Aziz Abdullah.

Yaya Boleh Balik Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Yaya Boleh Balik Sebelum Hari Raya Aidilfitri | Ibu kepada mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, atau Yaya tidak sabar untuk membawa pulang anaknya itu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama pada tahun ini.

Yaya Boleh Balik Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Kata Sana Abdul Malek, dia bersyukur kerana Yaya sudah menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

“Dia juga sudah mula mahu berinteraksi dengan orang di sekelilingnya selepas dirawat di hospital.

“Semoga Hari Raya ini memberi sinar harapan baru buat kami. Sebagai ibu saya mahu dia melupakan segala penderitaan yang dilalui sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Wad Anggerik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Sana berkata, setakat ini dia belum sempat membeli persiapan Aidilfitri untuk Yaya kerana lebih menumpukan kepada proses rawatan yang dilalui oleh anaknya.

“Saya sangat gembira melihat keadaan Yaya yang kini sudah bo­leh makan, bercakap sikit-sikit dan mengadu lapar selepas hampir tiga hari tidak makan berikutan pembedahan ususnya.

“Dia cakap nak biskut, ais krim, ayam KFC dan nak keluar jalan-jalan. Saya sendiri pun tidak mahu bertanya apa yang berlaku padanya sebelum ini kerana mahu dia lupakan semuanya,” ujarnya.

Suri rumah itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan yang dilakukan polis ter­ha­dap ibu tiri serta bapa kandung Yaya.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa, biar pihak polis jalankan tanggungjawab mereka. Dia (ibu tiri) kata dia tidak buat kerana katanya semasa dia hantar kepada saya itu keadaan Yaya baik dan sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan, berkata, pesakit sudah menunjukkan perkembangan yang positif dan akan ditukarkan ke wad lain.

“Pesakit akan sembuh secara beransur-ansur dan mungkin boleh pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Buat masa sekarang, pesakit masih di wad pembedahan (Wad Anggerik), dan dijangka akan dirujuk semula ke Wad Pediatrik selepas dia boleh minum dan makan,” ujarnya.

sumber
http://ift.tt/1KtkRmJ

Yaya Hanya Di Beri Makan Keropok Lekor, Minum Air Kosong

Yaya Hanya Di Beri Makan Keropok Lekor, Minum Air Kosong | Badan Nur Zuliana Zaara Zulkifli dipenuhi dengan luka dan lebam. Ketika di rumah Yaya hanya diberi makan keropok lekor dan air kosong. Bagaimanapun apabila berada di tabika, dia akan makan dengan banyak.

Yaya Hanya Di Beri Makan Keropok Lekor, Minum Air Kosong

Seorang guru tabikanya berasa curiga apabila diminta tidak memberi makan kepada kanak-kanak itu dengan makanan yang mengandungi gula "kerana dia mempunyai masalah kulit".

Apabila guru tabika, Rohaida Mohammad, 44, bertanya kanak-kanak itu apa yang dimakannya di rumah, beliau memberitahu: "Dia kata dia hanya makan keropok lekor dan minum air kosong di rumah," kata Rohaida, yang bekerja di Tabika Ummi.

"Sebelum ini, ibu tiri yang saya fikir cuba menutup kesalahannya pernah memberitahu bahawa jangan berikan makanan bergula kepada kanak-kanak itu kerana menghadapi masalah kulit.

"Tetapi saya agak aneh apabila mendapati kanak-kanak itu makan dengan banyak setiap kali dia berada di tabika ini.

"Hanya selepas itu baru saya menyedari kanak-kanak itu tidak mempunyai masalah kulit, tetapi itu adalah helah ibu tiri untuk menutup penderaan yang dilakukannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, Rabu.

Rohaida berkata beliau pernah bertanya kanak-kanak itu siapa yang memukulnya dan dia akhirnya memberitahu "mummy".

Kata Rohaida, sejak menjaga kanak-kanak itu daripada Januari hingga Mac, beliau pernah bertanya mengenai luka dan lebam namun dimarahi oleh ibu tiri terbabit malah turut menafikannya.

"Daripada melakukan sesuatu tentang hal itu, ibu tiri itu akhirnya memberhentikan persekolahan anaknya dari tabika pada Mac lalu."

Rohaida kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pengerusi tabika dan merancang untuk bersemuka dengan bapa dan ibu tiri muda terbabit dan tidak bercadang untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

"Kami tidak mahu terlibat dalam masalah pasangan itu. Walaupun saya menjaga kanak-kanak itu, tapi saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya," katanya.

Selain itu jiran suspek, Sabariah Ahmad 51, berkata bapa kanak-kanak itu memperlihatkan dirinya seolah-olah seorang bapa yang yang baik dan suka bertegur sapa.

"Tanggapan pertama saya adalah bahawa dia adalah bapa yang baik dan saya mengenali dia selepas dia berpindah ke sini 12 bulan yang lalu. Tetapi isterinya jarang bercakap dengan saya.

"Amat mengejutkan apabila mengetahui tentang nasib gadis itu kerana saya tidak pernah mendengar apa-apa kekecohan dari rumah pasangan itu," katanya.

Kes penderaan itu terbongkar apabila kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia 39 dan 25 tahun yang menjaga kanak-kanak itu sebelum ini telah ditahan reman oleh polis selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

sumber
http://ift.tt/1KtjrZD

CERITA SEBENAR PUNCA DISEBALIK PEMBUNUHAN KEJAM GADIS INI ..


Gempar!!! akhirnya didedahkan punca sebenar wanita ini gantung diri...
GEMPARR !!! AKHIRNYA DIDEDAHKAN PUNCA SEBENAR DISEBALIK PEMBUNUHAN KEJAM WANITA INI.,..

PASTI RAMAI YANG TERKEJUT... BACA LAGI... DI SINI !

ad banner