Showing posts with label Bikin Panas La. Show all posts
Showing posts with label Bikin Panas La. Show all posts

Monday, 27 July 2015

Taukah anda, Mengapa suami menangis di malam pertama ?

“Saat malam pertama… aku menangis,” kata seorang teman membuka kisahnya kepada kami. Suasana santai mendadak berubah mendengar kata-kata itu. Sebagian dari kami jadi tidak sabar menunggu kalimat berikutnya. Mengapa seorang pengantin lelaki menangis di malam yang seharusnya membahagiakan ?
“Mengapa kamu menangis di saat bahagia seperti itu?,” pertanyaan salah seorang teman mewakili ketidaksabaran kami.
“Aku menangis karena terbebani pikiran, bagaimana cara mengembalikan hutang untuk majlis siang tadi,” jawabnya seraya mencertakan lebih lanjut tentang resepsi pernikahannya yang menelan biaya besar sementara kemampuan keawangan nya terbatas. Keluarga terpaksa berhutang.
Ada hikmah berharga dari apa yang dialami teman saya ini. Karena tuntutan sosial, gengsi, atau keinginan agar hari pernikahan menjadi momen istimewa, kita terjebak pada sikap berlebihan saat melangsungkan walimah atau resepsi pernikahan. 
Mulai dari undangan yang lux, gedung yang megah dan mahal, bahkan ditambah dengan hiburan. Padahal pernikahan tetaplah istimewa meskipun walimahnya sederhana. Yang membuat istimewa adalah akad nikahnya, janji sucinya, ikatan kuatnya, perubahan hubungan dua insan yang semula bukan mahram kini menjadi sepasang suami istri.
Memperturutkan tuntutan sosial atau gengsi, banyak orang yang akhirnya rela berhutang besar demi sebuah resepsi pernikahan yang glamour. Mereka seperti membeli kesenangan dengan membayarnya selama bertahun-tahun ke depan. Hingga ada yang kepikiran seperti teman tadi.
Ada pula yang karena ingin menggelar resepsi yang mahal seperti itu, akhirnya ia menunda pernikahan selama bertahun-tahun. “Belum punya uang untuk walimah,” alasannya. Padahal kalau mau mencontoh kemudahan yang dituntunkan Rasulullah kepada para sahabatnya di Madinah, ia telah mampu. 
Bukankah pernah Rasulullah ‘menegur’ Abdurrahman bin Auf yang menikah tanpa walimah? “Adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing,” demikian kira-kira pesan Rasulullah kepada sahabatnya yang pebisnis itu. Memang saat itu Abdurrahman bin Auf baru merintis bisnis setelah hijrah, namun ia adalah saudagar kaya semasa di Makkah. Dan tak lama setelah itu ia juga kembali menjadi kaya raya.
Rasulullah sendiri saat menikah di Madinah juga sederhana dalam walimah. Seperti diriwayatkan Imam Bukhari. “Tidaklah aku saksikan bagaimana Rasulullah menyelenggarakan walimah untuk istri beliau seperti yang aku saksikan saat beliau menikahi Zainab,” kata Anas bin Malik menceritakan walimah nan suci itu, ”Beliau menyembelih seekor kambing.”
Jadi, menikah itu tak harus mahal. Tak harus menyusahkan diri dengan berhutang banyak. Apalagi soal mahar, di negeri ini juga sangat dipermudah. Sebagaimana Rasulullah telah mempermudah para sahabatnya yang menikah. 
Yang tidak memiliki banyak harta, Rasulullah cukup menyarankan mahar cincin, bahkan ada yang cincin besi. Yang tidak punya lagi, cukup mengajari istrinya hafalan Al Qur’an. Bukankah sangat mudah?
Dalam Islam, walimah itu yang terpenting adalah i’lan-nya: pengumuman sehingga masyarakat tahu bahwa seorang muslim dan seorang muslimah telah menikah, membentuk sebuah keluarga baru.
Maka bagi Antum yang belum menikah, sesuaikanlah walimah dengan kemampuan finansial. Jangan berlebih-lebihan. Dan semoga tidak ada lagi pengantin yang menangis di malam pertama karena terbebani biaya walimah dan tak ada pemuda yang menunda-nunda pernikahan dengan alasan tidak kuat menanggung biaya walimah. (bersamadakwah) - http://ift.tt/1gZkw0o

Tertusuk Besi Pagar, Warga Emas Nyaris Maut

Tertusuk Besi Pagar, Warga Emas Nyaris Maut | Seorang lelaki berusia 68 tahun nyaris maut selepas tertusuk jeriji pagar dari bahagian ketiak kanan menembusi bahunya.

Tertusuk Besi Pagar, Warga Emas Nyaris Maut

Ng Ag Eng sedang berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya di Jalan Alor Star di sini semasa insiden tersebut berlaku.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, M Sathiaseelan berkata mangsa kemudiannya tergelincir lalu tertusuk jeriji itu.

Seorang jiran mangsa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 4.40 petang dan pasukan tersebut tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

"Jeriji pagar itu berjaya dipotong dalam masa 20 minit," katanya.

Beliau berkata pasukan bomba tidak menarik keluar jeriji pagar itu dari tangan Ng untuk mengelakkan pendarahan serius.

"Ng dihantar ke hospital menggunakan ambulans bersama-sama jeriji itu," kata Sathiaseelan.

Ng dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan jeriji berkenaan.

sumber
http://ift.tt/1fzbuq8

Kisah PILU Di Sebalik Pengemis Tercanti Di Dunia

Kisah PILU Di Sebalik Pengemis Tercanti Di Dunia | Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis.

Kisah PILU Di Sebalik Pengemis Tercanti Di Dunia

Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.

Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya.

Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.

Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup.

Keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ, apabila dilaporkan bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana untuk melangsaikan hutang tersebut.

Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi dengan harta.

Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.

Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing, China.

sumber
http://ift.tt/1eq6AuC

Suami kecewa isteri lahir anak perempuan lagi !

Memiliki cahaya mata pastinya idaman buat semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Malah ada pasangan yang merancang dengan teliti dan mengikuti pelbagai tips bagi menentukan jantina anak yang dimahukan.
Tapi kalau tak dapat seperti apa yang diidamkan pun tak apa lah, dah rezeki begitu. Namun kisah si suami yang tidak bersyukur terhadap zuriat yang dilahirkan oleh isterinya ini pasti membuatkan ramai wanita geram.

Pelbagai pengalaman…

Screen Shot 2015-07-27 at 11.29.40 AM

Terpaksa cari isteri baru lah macam ni…

Screen Shot 2015-07-27 at 11.30.01 AM

Sang suami mungkin tidak tahu..

Screen Shot 2015-07-27 at 11.30.16 AM
Sumber : Facebook Azlindarita Aisyah (OH BULAN )

Sunday, 26 July 2015

Gambar: Ribut Kencang Di LPT, 30 Pokok Tumbang, 5 Kenderaan Rosak

Gambar: Ribut Kencang Di LPT, 30 Pokok Tumbang, 5 Kenderaan Rosaka | Para pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Temerloh ke Kuala Lumpur berhadapan kesesakan teruk hampir 10 kilometer selama hampir satu jam selepas kira-kira 30 pokok tumbang di Kilometer 85 berhampiran Lanchang menghala ke Kuala Lumpur, petang semalam.


Kejadian pada kira-kira jam 3 petang dipercayai akibat hujan dan ribut itu turut menyebabkan lima kenderaan mengalami kerosakan akibat terlanggar pokok yang tumbang.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira 10 minit itu.

Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein berkata, kejadian yang menyaksikan kira-kira 30 batang pokok tumbang berkenaan adalah kali pertama di lebuh raya itu.


Bagaimanapun katanya, pihaknya sudah mengambil tindakan segera membersihkan laluan berkenaan dan ia boleh digunakan sepenuhnya kira-kira jam 4.15 petang.

sumber
http://ift.tt/1OJGRdJ

Pengawal Keselamatan Rakam UFO Di Jambatan Pulau Pinang

Pengawal Keselamatan Rakam UFO Di Jambatan Pulau Pinang | Seorang pengawal keselamatan mendakwa terlihat objek terbang tidak dikenali (UFO) dan merakamkannya dengan telefon bimbit sebelum ia hilang.

Pengawal Keselamatan Rakam UFO Di Jambatan Pulau Pinang

Mahmood Hamid, 65, mendakwa, ternampak pemandangan matahari terbenam luar biasa ketika melalui jambatan menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dengan Pulau Pinang, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

"Cahaya itu nampak cantik, jadi saya rakamkan gambarnya. Lepas itu, bila dongak semula, saya nampak ada objek macam piring terbang di lokasi sama," katanya.

Menurutnya, disebabkan tidak bersedia dia hanya sempat mengambil gambar bahagian tepi objek.

"Objek ini sangat besar, menutupi jambatan dan sungai. Seakan tak percaya dengan apa yang saya nampak.

"Saya pernah dengar cerita mengenai UFO dan sangka ia sekadar dongeng atau rekaan fiksyen. Tapi, bila lihat dua gambar yang saya ambil, objek itu memang wujud," katanya.

Katanya, terdapat dua corong udara pada objek itu.

"Satu daripada corong itu hasilkan kabus warna ungu yang sangat cantik," katanya.

Sementara itu, Arifin Azin, 53, turut mendakwa pernah melihat objek sama ketika usianya lima tahun di Kampung Pengkalan Semeling tidak jauh dari Sungai Merbok.

"Objek setinggi 0.5 meter itu datang dekat hingga saya cuba untuk tangkap. Tapi tak berjaya dan ia hilang di kawasan hutan," katanya.

Rakan mereka, Md Shah Ismail, 59, yang membuat rujukan di laman sesawang menjumpai beberapa contoh rujukan maklumat seperti UFO yang dipaparkan.

“Berdasarkan bahan bacaan yang ditemui, lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun sekitar 1981 hingga 2008.

"Tanjung Sepat dan Sungai Petani antara lokasi paling kerap ia muncul,” katanya.

sumber
http://ift.tt/1S5Gks6

3 Gambar : Identiti lelaki bercumbu didedah, per-ogol di kehendaki ?

Heboh gambar aksi bercumbu dua pasangan remaja tersebar di media sosial maka ramai lah pelayar-pelayar media sosial cuba mencari  siapa kah kedua dua remaja ini yang sanggup memalukan diri dengan memuat naik aksi nakal mereka.

Melalui facebook page MRT identiti siapakah remaja ini berjaya di kesan dan gambar nya berjaya di dedah kan, mengikut sumber remaja lelaki 18 tahun ini amat di kehendaki kerana telah memperkosa remaja perempuan berusia 13 tahun sehingga mengandung.

Remaja lelaki ini juga dikhabarkan menggunakan taktik licin dengan memasukkan sejenis ubat ke dalam minuman mangsa sebelum memperkosa, namun sejauh mana kebenaran kes ini masih di siasat pihak berwajib - BS

8 Gambar : Anak ini yatim piatu sekelip mata bapa ibu nenek maut kemalangan

Mohammad Aiman Haziq,8, yang cedera ringan sugul sepanjang pengkebumian bapa, ibu dan nenek nya di Tanah Perkuburan Islam Tapah selepas Proton Wira mereka dirempuh treler. Al-Fatihah.
Dua lagi adiknya sedang dirawat di Hospital Teluk Intan dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

"Tidak sangka ucapan raya yang kami terima menerusi telefon bimbit baru-baru ini, adalah yang terakhir daripada Allahyarham Norzuwida," luahan seorang rakannya Muhd Azharuddin Che Azman, 41. 






Norzuwida Ahmad Termizi, 41, suaminya Mohd Nazeri Abdul Razak, 45 dan ibu wanita itu, Zalehah @ Zaleha Ibrahim, 71, maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 24, Jalan Teluk Intan pada 8.20 malam tadi. 

Manakala tiga orang anak pasangan itu iaitu Muhammad Danial, 1; Muhammad Aiman Haziq, 8; dan Nuramira Shafika, 15; cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pasangan suami isteri itu dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zaleha yang tinggal di Tapah meninggal dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan. 

Muhd Azharuddin berkata, sebelum menjelang Aidilfitri, Allahyarham menghantar ucapan selamat hari raya dan memohon maaf kepada ramai sahabat. 

"Arwah menghantar ucapan raya kepada ramai sahabat menerusi WhatsApp peribadi dan kumpulan WhatsApp sekolah kami. Itulah kelakuan pelik arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir," katanya kepada pemberita selepas pengebumian ketiga-tiga mangsa kemalangan itu di Tanah Perkuburan Islam Taman Setia di sini, hari ini.

Muhd Azharuddin berkata, kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham adalah pada perhimpunan semula rakan-rakan Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah di Rumah Rehat Tapah, 16 Mei lepas. "Arwah pemalu dan baik orangnya...walaupun seorang yang pemalu dia sangat aktif dalam kumpulan WhatsApp sekolah kami.

Arwah yang banyak mengendalikan majlis perhimpunan itu seperti menempah bilik dan menjemput kawan-kawan untuk menghadiri majlis itu," katanya. Sementara itu, sepupu Norzuwida, Siti Herlina Omar, 49, berkata sebelum kejadian mereka sempat beraya bersama di rumah seorang lagi sepupu mereka di Taman Selamat dekat Sitiawan.

"Kami konvoi dua kereta beraya di rumah sepupu. Pada 6 petang semalam, keluarga mereka (Norzuwida) pulang dahulu kerana ingin menuju ke destinasi lain.

 "Selepas Maghrib, saya dan keluarga pula pulang ke rumah dan setibanya di Teluk Intan kami menerima panggilan bahawa mereka terlibat dalam kemalangan," katanya. Noramira Shahira, 17, anak sulung daripada empat beradik itu, berkata beliau terkejut selepas diberitahu oleh penyelia asrama pada 9 malam tadi bahawa keluarganya terlibat dalam kemalangan. 

"Saya sangat sedih selepas diberitahu ibu dan bapa serta opah meninggal dunia dalam kemalangan," katanya. Shahira yang belajar di Kolej Vokasional Kuala Kangsar berkata, kali terakhir beliau berjumpa ibu bapanya pada hari raya kelima dan mereka menghantar Shahira pulang ke asrama. "Semalam adalah kali terakhir saya telefon mak. Dia tak ada pesan apa-apa dan tidak menunjukkan sebarang perangai pelik," katanya. Alfatihah - BERNAMA

Di Simbah Asid Kerana Kutip Duit Sewa Rumah

Lelaki Di Simbah Asid Kerana Kutip Duit Sewa Rumah | Seorang bekas pelajar kolej perubatan berusia 22 tahun cedera 30 peratus pada muka, tangan dan badan apabila disimbah asid oleh seorang lelaki di Kampung Baru Bakar Kapur, Kuala Kedah, semalam.

Lelaki Di Simbah Asid Kerana Kutip Duit Sewa Rumah

Dalam kejadian kira-kira 6 petang, empat remaja lelaki lain termasuk dua adiknya berusia 22 hingga 11 tahun turut cedera ringan ketika mereka datang untuk mengutip sewa rumah yang tertunggak sejak Februari lalu daripada penyewa terbabit.

Sumber berkata, ketika mereka tiba, hanya isteri lelaki berkenaan berusia 50-an berada di rumah bersama dua anaknya, manakala suspek berusia 60-an berkenaan dipercayai keluar kerana mempunyai urusan.

Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumah dengan membawa laporan polis yang baru dibuat di Balai Polis Kuala Kedah mendakwa kumpulan remaja lelaki berkenaan datang ke rumahnya mahu membuat kacau.

"Ketika kumpulan remaja lelaki itu membaca laporan polis itu, suspek mahu ke dalam rumah sebelum keluar semula dengan membawa botol plastik lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa.

"Akibat itu, lima remaja lelaki itu menjerit kesakitan lalu melarikan diri sebelum bertindak terjun ke sungai yang terletak berhampiran dan suspek dipercayai masuk semula ke dalam rumah lalu mengurungkan diri," katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, ahli keluarga membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan untuk siasatan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata.

sumber
http://ift.tt/1SIFJHQ

Lelaki Singapura Lari Lepas Isi Minyak Di Lukut

Lelaki Singapura Lari Lepas Isi Minyak Di Lukut | Seorang lelaki melarikan diri selepas mengisi petrol tanpa membuat bayaran di sebuah stesen minyak di Lukut, kelmarin.

Lelaki Singapura Lari Lepas Isi Minyak Di Lukut

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, lelaki terbabit yang memandu kereta Honda Civic berhenti di stesen minyak berkenaan dan ke kaunter meminta mengisi petrol RON97.

Sumber berkata, suspek enggan membuat bayaran kerana mendakwa mahu membuat isian penuh dan akan membuat bayaran sebaik selesai.

Malangnya, suspek melarikan diri sebaik selesai mengisi petrol berjumlah RM78.93.

“Pekerja pam yang terkejut melihat tindakan suspek cuba mengejarnya dengan menunggang motosikal melalui Jalan Lukut menghala ke Seremban.

“Suspek yang menyedari diekori memecut laju menyebabkan pekerja terbabit gagal mengekori sebaik memasuki Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

“Pekerja pam itu berjaya mencatat nombor plat kenderaan suspek dan memaklumkan kejadian kepada majikannya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Lukut untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kejadian itu dikatakan berjaya dirakam pekerja terbabit sebelum dimuat naik ke laman sosial Facebook dan menjadi viral.

Video berkenaan sudah ditonton lebih 9,000 pengguna Facebook dan dikongsi lebih 3,000 pengguna sehingga petang semalam, malah turut mendapat kritikan dan ada yang mempersoalkan tindakan juruwang stesen minyak itu yang membenarkan petrol diisi tanpa memberikan sejumlah wang terlebih dulu.

sumber
http://ift.tt/1JH2A1r

Hebat, Kedai Aksesori Telefon Bumiputera Ini Ada 12 Cawangan!

Baru-baru ini isu pergaduhan di Plaza Low Yat telah membuka mata ramai pihak terutama orang Melayu untuk mencari pilhan alternatif untuk membeli aksesori telefon selain daripada di Plaza Low Yat. Banyak kedai Melayu menjadi viral di media sosial dan secara tidak langsung brand GW666 juga mendapat tempiasnya.

“Brand GW666 mula mendaki dengan pantas selepas kedai pertama kami di buka atas saranan dan ajakan Owner Kedai Ustaz di Kota Damansara. Ianya di buka pada bln 5 tahun lepas (2014). Selapas melihat perniagaan ini semakin mendapat sambutan drpd seluruh masyarakat terutama Melayu. Kami melebarkan sayap ke seluruh pelusuk Lembah Klang dan Utara..Alhamdulillah hari ini 11 cawangan telah beroperasi…”
GadgetWorld666gadgetsworld666
“Ada sesetengah customer yg mengeluh mengatakan barang kami sedikit mahal drpd kedai lain..sebenarnya kami mahu anda tahu setiap barangan ada beza dan gred ianya sendiri. Barangan kami terutama Brand kami sendiri adalah yg high quality. Kami boleh jual murah lagi drpd mana-mana kedai dlm Malaysia ini tetapi buat apa kami jual murah jika ianya tiada kualiti?? seperti kata orang”pakai sekali terus rosak”

- Petikan daripada Facebook GadgetsWorld666

Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang,Perak dan Penang dan ingin mencari aksesori smartphone dengan harga borong dan berpatutan di pasaran boleh ke setiap outlet Gadgets World 666 yang berdekatan atau lawati http://ift.tt/1ScGafc atau Instagram Gadgetsworl666.

Gadgets World 666 dimiliki oleh Gadgets World 666 Sdn Bhd dan 100% milik Bumiputera. Antara faktor kedai mereka selesa dikunjungi oleh orang ramai mungkin sebab beroperasi sehingga jam 12:00 malam. Jadi jika anda sedang mencari power bank, casing telefon, charger iphone atau aksesori telefon yang lain berikut merupakan cawangan-cawangan Gadgets World 666:

Gadgets World 666 Kota Damansara
No. 7&9,Jalan Teknologi 3/6E,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor D.E Tel:03-61519666

Gadgets World 666 Bandar Sri Permaisuri
No.52A,Jalan Dwitasik 1,
Dataran Dwitasik,Bandar Sri Permaisuri,
5600 Cheras,
Kuala Lumpur.
Tel:03-91740666

Gadgets World 666 Kelana Jaya
No.58,Tingkat Bawah,
Jalan SS6/14,Kelana Jaya,
47301 Selangor.
Tel:03-78878936

Gadgets World 666 Subang Jaya
No.74,Jalan SS15/4B,
Subang Jaya,
47500 Selangor.
Tel:03-56133666

Gadgets World 666 Sri Gombak
G-111,Jalan Prima SG3/2,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Tel:03-61773666

Gadgets World 666 Balakong
No.1, Plaza Kasturi,
Jalan off Balakong,
43200 Kajang.
Tel: 03‑9082 3666

Gadgets World 666 Bangi
9-G, Jalan 15/1B, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Tel:03‑8912 3666

Gadgets World 666 Sg.Besi
No.57-G,Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.
Tel:03-90547467

Gadgets World 666 Ampang
85-G,Lorong Memanda 1,
Jalan Ampang Point,68000 Ampang,
Kuala Lumpur
Tel:012-9680461

Gadgets World 666 Shah Alam
XG/24-G,Block K,Jalan Plumbum X7/X,Seksyen 7,Shah Alam,
Selangor.
Tel:017-6241398

Gadgets World 666 Ipoh
No 63, Jalan Pengkalan Barat 36,
Station 18,31650 Ipoh,
Perak.
Tel:05-3211200

GADGETS WORLD 666 Penang
No.19,Jalan Dagangan 3,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara Penang.
Tel:04-5755226

Nenek Umur 100 Tahun Mengandung

Terkejut, Nenek Umur 100 Tahun Mengandung | Seorang wanita terkejut apabila menerima surat daripada sebuah hospital, memaklumkan dia telah mengandung.

Terkejut, Nenek Umur 100 Tahun Mengandung

Bagaimanapun, Doris Ayling yakin hospital berkenaan melakukan kesilapan memandangkan dia kini sudahpun berusia hampir 100 tahun.

Doris berkata, dia terkejut membaca surat berkenaan yang isi kandungannya antara lain meminta dia membawa sampel air kencing untuk menjalani pemeriksaan lanjut mengenai kehamilannya.

Lebih mengejutkan, tarikh lahir yang tercatat dalam surat berkenaan tepat dengan tarikh lahirnya.

Tiga anaknya, semuanya sudah bersara juga terperanjat apabila ditunjukkan surat berkenaan.

Seperti Doris, mereka juga tidak yakin akan memperoleh adik baru.

Apabila dimaklumkan mengenai surat berkenaan, pihak pengurusan Hospital Portsmouth memohon maaf kepada Doris dan keluarganya dan berkata, ia berpunca daripada ‘kesilapan pengurusan.’

Doris yang menetap di Bognor Regis memberitahu wartawan: “Saya yakin 100 peratus saya tidak hamil.

Saya mempunyai tiga anak dan 20 cucu dan sudah tidak hamil sejak 70 tahun lalu.’

Anaknya Brian berkata: “Kesilapan itu amat melucukan.” - Agensi

sumber
http://ift.tt/1OtSDrX

Terpaksa Kejar & Tendang Motor

Rakan Terpaksa Kejar & Tendang Motor Elak Kemalangan | “Dia melayang dan tercampak kira-kira 20 meter sebaik melanggar pembahagi jalan dan saya sendiri hampir melanggarnya tetapi berjaya mengelak,” kata Mohd Amirul Hafeez Atan, 29, rakan kepada Md Razi Ab Hamid, 39, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 355.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Ladang Limau Mudu, pagi semalam.

Rakan Terpaksa Tendang Motor Elak Kemalangan

Mohd Amirul berkata, dalam kejadian jam 9.15 pagi, dia terkejut sebaik menyaksikan mangsa tercampak ke atas jalan dan motosikal Kawasaki ZX10 yang ditunggangnya terus bergerak laju sebelum dia serta beberapa rakan lain mengejar motosikal berkenaan sejauh beberapa ratus meter.

“Saya terpaksa mengejar motosikal itu dan menendangnya. Kalau saya tidak berbuat demikian, saya bimbang motosikal itu tercampak ke laluan bersebelahan dan boleh menyebabkan kemalangan lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, Md Razi dari Felda Neram 1, yang parah di kepala dan muka meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Amirul berkata, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi bertolak dari Kemaman untuk ke Kuala Terengganu bagi menghadiri majlis perkahwinan seorang ahli kelab motosikal mereka.

Katanya, ketika kejadian dia berada di barisan tengah, manakala sekumpulan lagi rakan mereka berada di depan.

“Beberapa minit sebelum tiba di tempat kejadian, saya memperlahankan motosikal sebelum mangsa memotong motosikal saya dan tidak sampai dua minit saya lihat dia tercampak dari motosikalnya.

“Berikutan kejadian kemalangan ini, kami terpaksa membatalkan semua acara itu sebaliknya berkumpul di Unit Forensik Hospital Dungun untuk menguruskan jenazah arwah sejurus proses bedah siasat terhadapnya selesai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

sumber
http://ift.tt/1HRUdSF

Zahida Rafik Di Label Yahudi

Gara-gara kerana bergambar seksi bersama rakan-rakannya, ada peminat yang melabelkan pelakon Zahida Rafik sebagai seksi di akaun Instagram miliknya. Semakin melarat nampaknya gejala melabelkan individu lain ketika ini.

Seperti kebiasaan yang kita lihat di bahagian komen Instagram yang ada perbalahan, pastinya ada pihak yang menyokong dan membantah apa yang dilakukan oleh selebriti ini sehinggakan menjadi satu pertengkaran berpanjangan.

Melihatkan kepada caption pada gambar yang dimuatnaik, kemungkinan Zahida menghadiri sebuah majlis yang mempertemukan dia dan rakan lama. Selain pelakon ini, gadis yang mengenakan busana gelap di dalam gambarnya itu turut sama dicemuh.

Apa-apa pun, semoga peminat Zahida Rafik mendapat apa yang mereka cari dengan berbalah di ruangan komen ketika orang lain sedang sibuk lagi membantu orang tidak upaya sama-sama menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Zahida Rafik Dilabel Yahudi Kerana Gambar Seksi - ROTIKAYA_in

4 Gambar : Terbeliak biji mata tengok foto Zahida Rafik !


BOLEH gugur jantung melihat gambar terbaharu dimuat naik bekas pelakon, Zahida Rafik yang tampil cukup seksi pada satu majlis yang diadakan malam semalam.

Melalui perkongsian di laman Instagram peribadinya, Zahida menyarungkan persalinan gaun yang menampilkan belahan di paras atas peha hingga ke bawah.


Bertambah haru, bila seorang individu yang dikatakan isteri kepada seorang kerabat diraja memakai pakaian yang lebih provokatif dengan menonjolkan hampir keseluruhan payu daranya. Naik terbeliak biji mata tengok foto itu ! -PRU14

Terbaik, Langsir Bilik Air Yang Mengembang Jika Mandi Lama!

TIDAK dinafikan ada di antara kita gemar menghabiskan masa yang terlalu lama dalam bilik air. Kadang-kadang bukan membersihkan diri sangat pun, yang lama tu sebab termenung je kan..

Kini tak usah risau lagi jika anda mempunyai ahli keluarga mahupun rakan serumah yang lama ‘bertapa’ dalam bilik air.

Beli saja langsir mesra alam ini, “My Shower is a Green Warrior” yang akan secara automatik mengembang dan terpacak jika anda menghabiskan masa mandi lebih dari empat minit.

Walaupun rekaan ini kelihatan inovatif dan memberangsangkan namun menurut perekanya Elizabeth Buecher yang berpengkalan di London, langsir ini bukan direka untuk tujuan komersil.
langsir1
Sebaliknya, ia adalah sebagai satu langkah untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada orang ramai agar menghentikan pembaziran air.

Tapi kalau ada jual langsir macam ni di pasaran kelak, for sure akan mendapat perhatian memandangkan ia adalah suatu rekaan yang unik dan lain daripada lain selain dapat mengelak seseorang itu mandi terlalu lama. Tak gitu? langsir2

20 Tanda bahawa anda lelaki telah dicintai Jin Betina

Sekadar perkongsian untuk semua. Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.

Adalah sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.

Mereka Bukan Tak Bagi Solat, Jauh Sekali Racist - Nadzri Sazali

Kami petik perkongsian dari saudara Nadzri Sazali tentang halangan solat oleh majikan dan bagaimana saudara ini mendidik majikan tentang solat. Tidak perlu viralkan isu. Tak payah demo depan kedai. 

Hanya gunakan akhlak dan minda baik seorang muslim. Syabas Nadzri Sazali. Anda contoh yang baik untuk umat Nabi Muhammad SAW. 

1

Kerja pertama aku lepas SPM dulu kat Bonia JPO. Waktu tu JPO baru bukak lagi. Ramai member member cari kerja kat sana.

Nak diceritakan, boss aku dulu seorg Chinese, Miss Ng nama dia. Waktu first day kerja, aku mintak izin untuk keluar solat. Tetibe dia kata tak boleh. Tersentak jugak aku waktu tu. Dah laa ni pengalaman pertama aku bekerja. Tetibe nak mintak solat tak dapat.

Tapi daripada aku viral kan isu kat internet, report polis, takpun call mak ayah mengadu, aku gunakan budi bicara. Aku bagitau dia aku keluar solat tak lebih 10 min (sebab dari kedai pi surau hujung ke hujung mall). Dia kata boleh, tapi kena punch card. Aku pun terima je lah.

Lepas 10 min, aku balik. Tetibe dia tanya aku,
“Aiyoo banyak cepat. U lari ke?”
“Tak lah. Sembahyang 5 min saje. Jalan 5 min.”
Satu hari tu, 3 kali aku punch card keluar untuk solat je. Hari kedua pun aku buat benda yg sama. Masuk hari ke 3, boss aku kata tak payah dah punch card. Nak keluar solat, bagitau je dia. Hari hari lepastu, 3 bulan aku kerja takde masalah dah nak keluar solat.

Kadang kadang, mereka bukan tak bagi solat. Mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap racist. Mereka cuma TAK TAHU. Tugas kita lah untuk educate. Bagitau dia solat ni tak panjang mana. Bagi tau dia solat 5 waktu sehari ni tak sama macam solat jumaat yang siap khutbah nak dekat sejam tu. Baru dia faham. Jangan gelabah nenen sangat.

Jangan salahkan mereka semata. Aku perhati ada pekerja muslim (kedai lain) yang keluar mintak solat, tapi dalam perjalanan tu singgah dulu sembang dengan member 10 min. Hisap rokok 10 min. Mengular sana sini. Last last keluar sampai 30-40 min. Majikan mana yang tak marah? 3 kali solat dah 1 jam 30 minit break free free. Memang lah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Sebab itu pentingnya budi bicara.
Runding, bukan berguling.

Sila Viralkan post ini dengan share artikel ini di WALL anda. Yang baik sebarkan. Jangan yang buruk sahaja. Kan? Tekan butang share di bawah! KREDIT KIAMBANGMERAH.

Zahida Rafik Dikecam Kerana Foto Seksi Tayang Peha Gebu

Fuh. Terbeliak juga mata kami bila melihat foto Zahida Rafik yang super seksi ni. Yelah, biasanya musim-musim raya ni kan kebanyakannya berpakaian sopan seperti berbaju kurung atau jubah.
Seperti yang kami jangka, foto tayang peha gebu ini mendapat kritikan netizen. Malah, wanita berbaju hitam yang didakwa berkahwin dengan seorang kerabat juga menerima kecaman netizen.






Mangsa Kemalangan Balas Kenyataan Biadap Azwan Ali

11798277_1593328317607196_1024359536_nBaru-baru ini Azwan Ali dilihat membuat kenyataan yang agak menghina kepada mangsa kemalangan maut jalan raya sempena raya.

Azwan Ali dlihat menggunala kata nama “ekor” kepada mangsa kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Seorang ahli keluarga mangsa kemalangan ternyata sedih dengan kenyataan yang dibuat oleh Azwan Ali tersebut dan memberi respon.

Ini komennya:

kluarge sye antara mangsa kemalangan mlm raya aritu wlupun atas kecuaian org lain.tp kami redha pemergian yg tersyg…saat takbir bergema…mercun berdentam dentum…

kami d tanah perkuburan…selesaikan majlis pengkebumian.tiada ketupat utk raya tahun ni.malah bju raya juga x smpat lg kami pakai…paham kah AA…ape perasaan kami atas status yg die update ni?…saat terlihat daun ketupat kering…saat itu airmata gugur…mngenang ahli kluarga yg terkorban..malah kami juga msih berduka kerana ayah arwah msih di icu…

semoga allah memberi hidayah pd AA…ingatlah..Allah uji hamba yg die sayang…mungkin AA x di uji kerana AA mngkin bkn antara yg Dia syg…sbb tu AA msih sihat dan masih mampu mnghina secara berterus terusan…

Dari berita, anak saudaranya maut manakala beberapa ahli keluarga yang lain cedera dalam satu kemalangan maut di Johor.

11798600_1593328314273863_159145534_n

ad banner