Wednesday, 1 July 2015

Hilang jari akibat mercun buatan sendiri ! Berhati-hatilah ketika bermain mercun.



KOTA BHARU: Muhammad Rizaimie Zamri, seorang pelajar berusia 15 tahun hilang empat batang jari selepas terkena mercun buatan sendiri.

Dia dipercayai menjadi mangsa pertama bermain mercun di Kelantan.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 8 malam tadi di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat.

Ibu mangsa, Che Rosmaini Che Sulaiman berkata anaknya keluar rumah sebaik sahaja mereka sekeluarga selesai berbuka puasa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar bunyi dentuman kuat. Pada mulanya saya tidak menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun yang anak saya main bersama kawan-kawannya.

“Saya kemudiannya bergegas keluar rumah dan mendapati anak saya sudah dibawa abang saya dengan kereta ke hospital,” katanya.

Keadaan empat batang jarinya yang hancur itu sekaligus menyukarkan pembelajarannya, demikian menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ab Aziz Abdullah.

No comments:

Post a Comment

ad banner