Wednesday, 1 July 2015

TAHNIAH !!! Shah Iskandar Bakal Berkahwin ! Fuh



Ketika masih hangat lagi cerita mengenai Fida Ibrahim yang dikatakan rapat dengan Shah Iskandar, baru-baru ini pelakon ini telah tampil membuat pengakuan bahawa dirinya sedang bercinta dengan pilihan hatinya sendiri yang sudah terjalin sejak dua tahun dahulu.
“Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar dan masing-masing selesa dengan apa yang dilalui. Insya-Allah, kami dalam perancangan untuk ke fasa seterusnya iaitu berkahwin. Sepanjang dua tahun bercinta, baru kali ini kami membicarakan hal terbabit”

“Dalam kalangan ahli keluarga, semua sudah tahu niat kami cuma belum dibawa berbincang secara serius. Berkahwin bukan perkara sembarangan. Jadi, banyak hal perlu diambil berat. Tidak sekadar bercakap, sebaliknya setiap yang dirancang itu perlu dilaksanakan sebaiknya”

“Malah, selepas berkahwin ia menjadi satu tanggungjawab lain pula. Sebab itu, saya mengambil masa yang agak lama untuk bersedia ke arah ini. Orang kata, cabaran selepas berkahwin itu lebih hebat,” katanya.
Menurut Shah, kekasihnya itu sangat memahami keadaan dirinya yang berada di dalam industri hiburan. Selain itu, Shah Iskandar turut menyatakan bahawa wang bukanlah menjadi penghalang untuk mereka berkahwin sebaliknya mereka berdua sendiri sentiasa sibuk dengan kerjaya ketika ini.

Dilema Harga Minyak RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi

KENAIKAN MINYAK ADA TUJUANNYA BUKAN UNTUK MALAYSIA - PM NAJIB



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kenaikan harga minyak yang diumumkan malam semalam merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana,yang pelikny tujuan Najib amat luar biasa ,terimakah rakyat Malaysia ?? Jom lihat berita penuh di LINK INI !

AL-FATIHAH - SEBELUM MAUT MANGSA SEMPAT MENULIS SATU NOTA YANG MENGEJUTKAN


Ayat tulisan tangan yang dijumpai dari tangan mangsa perempuan tingkatan 5 yang maut dalam
kemalangan di Seremban.Kawan mangsa yang bersama terasa sayu bila membaca nota kecil yang ditulis mangsa.Jom lihat cerita selanjutnya dari kawan mangsa yang berada di tempat kejadian .

AL-FATIHAH - SEBELUM MAUT MANGSA SEMPAT MENULIS NOTA YANG MENGEJUTKAN .





RINDU AYAH DAN IBU


“Jika boleh saya mahu menatap wajah ayah dan ibu pada pagi Aidilfitri,”

Cerita penuh yang sangat menyayat hati di LINK INI !

Rindu Wajah Ibu,Ayah - OKU



“Jika boleh saya mahu menatap wajah ayah dan ibu pada pagi Aidilfitri,” kata seorang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Muhammad Rafiqe Farhan Saiful Nizam yang mengalami cacat penglihatan sejak lahir.
Muhammad Rafiqe, 15, yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, mata kanannya dibuang ketika menjalani pembedahan pada umur 11 tahun dan digantikan dengan mata palsu manakala doktor mengesahkan mata kiri gagal berfungsi sepenuhnya.
Menurutnya, dia reda menerima ketentuan itu dan sudah biasa menjalani kehidupan tanpa deria penglihatan.
“Sebagai orang kurang upaya (OKU), saya tidak boleh terlalu bergantung kepada orang sekeliling dan perlu berdikari untuk mendapatkan sesuatu.
“Kerana itu, saya memberanikan diri menaiki bas sendirian untuk pulang ke rumah di Bandar Baru Klang, Selangor pada cuti sekolah mulai tahun lalu.

ad banner