Ketika masih hangat lagi cerita mengenai Fida Ibrahim yang dikatakan rapat dengan Shah Iskandar, baru-baru ini pelakon ini telah tampil membuat pengakuan bahawa dirinya sedang bercinta dengan pilihan hatinya sendiri yang sudah terjalin sejak dua tahun dahulu.
“Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar dan masing-masing selesa dengan apa yang dilalui. Insya-Allah, kami dalam perancangan untuk ke fasa seterusnya iaitu berkahwin. Sepanjang dua tahun bercinta, baru kali ini kami membicarakan hal terbabit”
“Dalam kalangan ahli keluarga, semua sudah tahu niat kami cuma belum dibawa berbincang secara serius. Berkahwin bukan perkara sembarangan. Jadi, banyak hal perlu diambil berat. Tidak sekadar bercakap, sebaliknya setiap yang dirancang itu perlu dilaksanakan sebaiknya”
“Malah, selepas berkahwin ia menjadi satu tanggungjawab lain pula. Sebab itu, saya mengambil masa yang agak lama untuk bersedia ke arah ini. Orang kata, cabaran selepas berkahwin itu lebih hebat,” katanya.
Menurut Shah, kekasihnya itu sangat memahami keadaan dirinya yang berada di dalam industri hiburan. Selain itu, Shah Iskandar turut menyatakan bahawa wang bukanlah menjadi penghalang untuk mereka berkahwin sebaliknya mereka berdua sendiri sentiasa sibuk dengan kerjaya ketika ini.
No comments:
Post a Comment