Wednesday, 1 July 2015

Rindu Wajah Ibu,Ayah - OKU



“Jika boleh saya mahu menatap wajah ayah dan ibu pada pagi Aidilfitri,” kata seorang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Muhammad Rafiqe Farhan Saiful Nizam yang mengalami cacat penglihatan sejak lahir.
Muhammad Rafiqe, 15, yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, mata kanannya dibuang ketika menjalani pembedahan pada umur 11 tahun dan digantikan dengan mata palsu manakala doktor mengesahkan mata kiri gagal berfungsi sepenuhnya.
Menurutnya, dia reda menerima ketentuan itu dan sudah biasa menjalani kehidupan tanpa deria penglihatan.
“Sebagai orang kurang upaya (OKU), saya tidak boleh terlalu bergantung kepada orang sekeliling dan perlu berdikari untuk mendapatkan sesuatu.
“Kerana itu, saya memberanikan diri menaiki bas sendirian untuk pulang ke rumah di Bandar Baru Klang, Selangor pada cuti sekolah mulai tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

ad banner