SATU kajian menunjukkan individu yang suka menayangkan kebahagiannya dengan pasangan di media sosial mampu bertahan dan kekal lama.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Wisconsin Madison, Amerika Syarikat melibatkan 180 respondens yang terdiri daripada para pelajar yang sedang bahagia melayari alam percintaan.
Soalan-soalan itu berkisarkan tahap komitmen mereka dan tempoh berapa lama mereka sudah berpacaran.
Mereka disuruh log masuk ke akaun Facebook dan kemudiannya penyelidik melihat berapa banyak foto romantis dengan pasangan yang dikongsikan di laman sosial dan sama ada mereka telah mengubah status kepada ‘in a relationship’.
Dan sepanjang enam bulan penyelidikan itu berjalan, pasangan yang jarang meletakkan gambar mereka di laman sosial masing-masing kemudiannya berpisah cepat berbanding mereka yang selalu memuat naik gambar pasangan di media sosial.
Menurut kajian itu lagi, salah satu faktor kenapa pasangan yang selalu berkongsi kebahagiaan di laman sosial kekal lama ialah kerana ianya menunjukkan tahap keseriusan mereka dengan komitmen perhubungan yang dibina.
Apa pula kata anda? –
No comments:
Post a Comment