Saturday, 25 July 2015

1MDB: Mat Dispatch Individu Kelima Ditahan Bantu Siasatan

SELEPAS beberapa siri penahanan individu bergelar ‘Datuk’ dibuat pihak berkuasa dalam siasatan kes penyelewengan 1MDB, kini seorang lelaki yang bertugas sebagai penghantar surat turut menerima nasib sama.

Penahanan tersebut dibuat berhubung akaun SRC International Sdn Bhd iaitu satu entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara.

Memetik laporan dari portal Ahli Parlimen Barisan Nasional, BNBBC, suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan di kediamannya di Bentong, Pahang kira-kira jam 6.30 petang semalam oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman kemudiannya dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Penahanan tersebut merupakan yang kelima dibuat oleh pihak berkuasa dan dikatakan mempunyai kaitan pemilik syarikat perdagangan yang diberkas Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment

ad banner