Wednesday, 3 June 2015

Luahan Hati Salah Seorang Dari 6000 Pekerja Malaysia Airlines Yang Bakal Diberhentikan Kerja




“Saya tidak tahu apa akan dilakukan selepas ini kerana masih terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Penerbangan Malaysia (MAS),” kata kakitangan MAS yang hanya ingin dikenali sebagai Hafiz, 30-an.


“Saya tidak tahu apa akan dilakukan selepas ini kerana masih terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Penerbangan Malaysia (MAS),” kata kakitangan MAS yang hanya ingin dikenali sebagai Hafiz, 30-an.

Hafiz merupakan salah seorang kakitangan MAS di antara 6000 pekerja yang bakal diberhentikan pada bulan ogos nanti. 
Hafiz yang sudah lebih tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional itu berkata, surat notis penamatan yang dipos ke rumah dibuka isteri sebelum dimaklumkan kepadanya yang sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Katanya, berikutan notis penamatan itu, dia terpaksa mencari kerja lain sebelum 31 Ogos iaitu hari terakhir perkhidmatannya dengan MAS.
“Bukan senang untuk mencari kerja lain ketika ini, tambahan pula saya sebagai ketua keluarga perlu menyara isteri dan anak.
“Buat masa ini saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Walaupun agak tertekan, saya reda dan percaya akan ada rezeki lain untuk kami sekeluarga,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui di sini, semalam.
Pada Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengumumkan 12 langkah bagi menjayakan pelan penstrukturan semula MAS bernilai RM6 bilion yang antara lain menubuhkan entiti baru dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) dan menyaksikan 6,000 pekerja daripada pelbagai peringkat diberhentikan.

No comments:

Post a Comment

ad banner