Wednesday, 3 June 2015

Majlis Perbandaran Keluar Papan Tanda Samakan Pembuang Sampah Dengan Beruk



BUTTERWORTH: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengeluarkan empat papan tanda yang menyatakan orang yang membuang sampah di merata-rata tempat lebih bodoh daripada beruk.



Papan tanda yang dipaparkan dalam tiga bahasa itu juga turut memaparkan seekor beruk yang sedang menjelirkan lidah.

Menurut Ahli Majlis MPSP, David Marshel, papan-papan tanda hanya akan ditempatkan di kawasan-kawasan pembuangan sampah secara haram.

"Saya percaya mesej itu dapat disampaikan kepada orang awam. Kita meletakkan papan tanda ini di Taman Kepar dekat sebuah sekolah dan kadar sampah yang dibuang menurun hampir ke paras sifar sekarang berbanding satu tan seminggu sebelum ini," katanya.

Selain itu, beliau juga turut mengatakan MPSP tidak mempunyai perancangan untuk meletakkan papan tanda tambahan setakat ini.

Menurut Marshel lagi, pendekatan itu digunakan oleh MPSP setelah teknik yang digunakan sebelum ini; dengan hanya menyatakan denda; tidak memberi kesan untuk mengatasi pembuangan sampah secara haram.

No comments:

Post a Comment

ad banner