Sunday, 23 August 2015

CINTA SEJATI LA SANGAT!! Remaja 16 Tahun Nekad Lari Ikut Lelaki Nepal Ugut Akan Bunuh Diri Jika Ibunya Buat Report Polis (5 GAMBAR)


$Hati ibu bapa mana yang tak hancur apabila anak gadis kesayangan mereka nekad melarikan diri bersama warga Nepal atas nama cinta.

Berikut merupakan mesej kenalan mangsa yang masih berusaha menjejaki gadis terbabit:

    Assalammualaikum.
    mohon sebaran.gadis lari rumah disyaki mengikut teman lelaki warga nepal dikenali sebagai RONNY lokasi terakhir Penang, bertatu dikedua-dua tangan (“I AM EVIL” ). Sila hubungi Ayah beliau di talian 012-4544659.
    TERIMA KASIH.



Kepada anda di luar sana yang ada info dan terjumpa gadis berkenaan, segera menelefon nombor yang tertera.

Inilah nukilan gadis tersebut yang meluluhkan hati ibu bapanya:

Berikut pula merupakan gambar dan info mengenai gadis ini:


Al-Fatihah : Mangsa Meraung Lebih Sejam Minta Tolong Sebelum Akhirnya Meninggal Dunia



16 Jan. – “Abang Yan, tolong. Saya sakit, haus”.

Itulah teriakan sakit mangsa kemalangan tragis, Hasna Jawahir, 41, memanggil abang sulungnya, Jamiran Jawahir, 50, semasa tersepit dalam kereta selama lebih satu jam.

Operator pengeluaran kilang itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori 10 tan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di simpang tiga Jalan Besar, Pekan Bangi Lama, di sini pagi ini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Rinching Hilir, dekat sini.

Menurut abang sepupunya, Abdul Rahim Mat Som, 53, selepas pihak bomba memaklumkan keja­dian itu, beberapa ahli keluarga termasuk suami dan anak sulung mang­sa bergegas ke tempat kejadian.

“Saya terdiam seribu bahasa melihat anak arwah meraung-raung memanggil ibunya namun ditenangkan oleh ahli keluarga lain.

“Ketika kejadian, mangsa hanya menjerit kesakitan serta memanggil abang sulungnya, Jamiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk pulang selepas waktu kerjanya tamat.

Semasa tiba di tempat kejadian, Hasna yang memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat dirempuh dan diseret sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu.

Tidak cukup dengan itu, pemandu lori dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh tiga lagi kenderaan lain yang turut berhenti menunggu lampu isyarat.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tersepit di kerusi pemandu selama lebih sejam sebelum berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, dekat sini.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pemandu lori yang da­tang dari arah Jalan Bangi-Semenyih itu dipercayai gagal menga­wal kenderaanya sebelum terbabas ke Jalan Bangi Lama lalu merempuh kereta yang dipandu Hasna.

“Lori berkenaan turut menghe­ret kenderaan mangsa dan kemudiannya mengenai tiga lagi ken­deraan lain yang berada di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, akibat rempuhan, mangsa terperosok di bawah lori dan mangsa tersepit di kerusi pemandu.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan pemandu sebuah lagi kereta dan membantu mangsa lain. Namun mereka gagal menyelamatkan Hasna yang terperosok.

“Usaha menyelamatkan wanita itu kemudian dilakukan pasukan bomba. Dengan bantuan kren, bomba dapat mengangkat lori 10 tan berkenaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa pada kira-kira pukul 8.47 pagi

Jurucakap itu berkata, kes itu kini disiasat mengikut Sek.41 (1)(A) Akta Penangkutan Jalan 1987.

Abdul Rahim berkata, dia dan keluarga menganggap kejadian tersebut sebagai takdir.

“Walaupun Hasna berjaya di­selamatkan namun, Tuhan lebih menyanyangi dia.

“Cuma saya agak menjadi pilu apabila mengenangkan nasib anak-anak saudara saya selepas ini,” jelasnya.

Mangsa meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Hariz Hafiz, 21; Afizan Hafiz, 11, dan Aina Hafiz, 5.

Orang Melayu akan terbangsat jika UMNO hilang kuasa - Najib (VIDEO)



KANGAR: Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.

"Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?

"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," katanya.




Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata beliau memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

Oleh itu, katanya segala permasalahan yang berlaku dalam parti perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

"Kalau ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian," katanya.

Katanya pelbagai dugaan dan masalah pernah dilalui parti itu sebelum ini, dan ia berjaya diselesaikan.

"Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain, biro agama keluar dan tubuh parti PAS, UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam...tapi kita berjaya melepasi daripada krisis-krisis tersebut," katanya.

Najib berkata dengan adanya penyatuan dalam parti, tidak ada sebab UMNO tidak boleh kekal sebagai parti yang memerintah.

"Sebagai sebuah parti, kita harungi lautan yang terbentang luas, adakala bergelora dan adakala dipukul badai.

"Bahtera UMNO sebenarnya kuat dan telah diuji sekian lama dan telah banyak berjasa mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial sehingga dunia menganggap Malaysia di bawah UMNO sebagai sebuah negara model dan berjaya," katanya. - Astro Awani


Tindakan Doktor Bergambar Ketika Rawat Pesakit Terkangkang Cetus Kritikan...

Johor Bharu - Perbuatan seorang doktor mengambil gambar ketika merawat pesakit dikritik hebat oleh netizen.Perbuatan itu mendapat kritikan kerana tiada perasaan sensitif oleh si pengambil gambar yang turut mengambil keadaan pesakit yang ketika itu sedang terkangkang.Difahamkan gambar diambil di sebuah hospital di Johor Bharu.


Di dalam gambar itu, turut kelihatan seorang doktor yang sedang membuat peace.Gambar itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Kak Long Di Sini.

Utk menjaga privasi pesakit, posting sblm ni kak long dah delete. Now repost yg baru. Part yg x sepatutnye dah diblurkan.
Apa pun harap MOH ambik tindakan pd doctor ni!!!! Mmg kurang ajar!!!!
>>Dear Sir,
I am appalled by the level of stupidity and arrogance of your junior doctor in one of the government hospital in Johor Bahru. This picture was shown to me by one of my friend, apparently this mother is having some sort of obstetrics emergency, and instead of taking the matter seriously, they opted to take photo.
This kind of behaviour and inconsiderate action has deeply offended me and the people that I have shown the picture to. The most ridiculous part is, the whole private area is involved in the picture. I honestly don't see any sense of victorious contrary to her hand sign.
Please take this thing seriously and render the necessary punishments towards them, and salvage the already failing level of quality in the Malaysian doctors. I am sincerely considering of forwarding this picture to the main social media / major newspaper channels. I am quite sure they will be very much interested in investigating into the whole issue.
regards,
Worried and concerned Malaysians

Di dalam status tersebut, Kak Long Di Sini meminta agar pihak bertanggungjawab menghukum mereka yang terlibat mengambil gambar tersebut.

"Shamed on u Dr. U go home and just throw away ur qualification.", tulis Salina Nor di ruangan komen.

"Blajar tinggi tp takde sivik minded. Mcm ni ka???", tulis Suzy Ann Ana

Setakat ini, status itu telah dikongsikan sebanyak 400 kali dan menerima sebanyak 160 komen yang rata-rata mengkritik gambar itu - Siakapkeli.my

Friday, 21 August 2015

Jangan Rampas Hak Saya Memimpin Negara - Najib Razak



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya menyatakan tiada siapa yang patut mencampuri urusan atau merampas amanah yang telah diberi kepadanya untuk memimpin negara.

"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.

"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," katanya di dalam status tersebut.

Menurut Najib juga, dia merasa bangga beserta rendah diri bagi memikul tanggungjawab itu.

"Rakyat yang telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," kata Najib. 

Thursday, 20 August 2015

Saya tidak akan berpaling tadah terhadap Tun Mahathir - Abdul Hamid Bador

Saya tidak akan berpaling tadah terhadap Tun Mahathir - Abdul Hamid Bador
ABDUL HAMID: Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara. 
KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun ‘dikerat-kerat’.

The Malay Mail Online dalam laporannya malam ini berkata Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada Rabu secara tiba-tiba, menafikan laporan media sosial yang beliau akan membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Awal hari ini, satu pesanan teks telah tersebar di aplikasi WhatsApp mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumaat esok untuk “menjelaskan  pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri” (Datuk Seri Najib Razak).

Pesanan teks terbabit juga mendakwa Abdul Hamid akan kemudiannya membuat laporan polis bersama “semua bukti” agar Dr Mahathir boleh didakwa di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan bersama pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

“Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara,” kata Abdul Hamid seperti dilapor The Malay Mail Online.

Semalam Malaysiakini melaporkan yang Abdul Hamid telah meletakkan jawatan di Cawangan Khas Polis selepas menerima surat perpindahan.

Beliau yang sudah berkhidmat selama 37 tahun dengan Polis Diraja Malaysia bagaimanapun mendakwa dia tidak mengetahui alasan perpindahan itu.
 
Perpindahan terbabit turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Abdul Hamid yang kini sedang bercuti akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS) di JPM pada 2 September ini.

Najib Guna Whatsapp Tentukan Rombak Kabinet - Ketua UMNO Bahagian Pontian


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dikatakan membuat keputusan rombakan Kabinet menerusi aplikasi Whatsapp dan tidak berbincang menerusi saluran tertinggi parti tersebut.

Ketua UMNO bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad mendedahkan, sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali kumpulan WhatsApp ketua-ketua UMNO bahagian meminta pandangan ahli kumpulan terbabit sama ada rombakan perlu dilakukan atau tidak.

"Satu hari sebelum rombakan Kabinet, ketua-ketua bahagian diminta beri pandangan perlu atau tidak, kalau 150 bersetuju, pentadbir atau admin WhatsApp ketua-ketua bahagian ini berkata presiden akan laksanakan," kata memetik laporan TMI.

Hasni mempertikaikan cara yang digunakan itu kerana sebarang keputusan yang penting perlu dirujuk terlebih dahulu menerusi Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Negeri.

"Kenapa kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan tidak lagi digunapakai," katanya.

Tambah Hasni lagi ada ketua bahagian di dalam kumpulan Whatsapp itu yang besar kepala dan menghukum ketua bahagian yang lain hanya kerana mereka lebih rapat dengan Najib.

"Ada setengah ketua bahagian yang baru sekali dua berjumpa dengan presiden, malah dalam WhatsApp itu ada ketua bahagian yang sudah rasa besar dan boleh menghukum ketua bahagian lain

"Malah mereka ini boleh hukum saya kalau kenyataan yang saya cakap ini menyinggung presiden," katanya.

Mengulas tentang penyingkiran Muhyiddin Yassin dari Kabinet, Hasni menyifatkan tindakan itu tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

"Kami Umno Johor menyokong rombakan Kabinet tapi kami tidak menyokong penyingkiran Tan Sri daripada Kabinet," katanya.

"Kami sangat terluka," katanya

ad banner