Wednesday, 1 July 2015

Putus Tunang Terlalu Peribadi Untuk Di Kongsi - Adira

Putus Tunang Terlalu Peribadi Untuk Di Kongsi - Adira : Adira tetap enggan mendedahkan punca sebenar pertunangannya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin putus pada pertengahan April lalu.

Putus Tunang Terlalu Peribadi Untuk Di Kongsi - Adira

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, ia sangat peribadi untuk diceritakan kepada umum dan biarlah perkara itu hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

"Walaupun kami sudah putus tunang tetapi sebagai seorang yang pernah rapat dengannya saya perlu menjaga nama baik dia dan tidak mahu memperbesaran soal itu.

"Shahrul sendiri sudah menjelaskan kepada pihak media tentang punca perpisahan kami iaitu kerana tiada persefahaman dan selebihnya biarlah kami sahaja yang tahu," katanya.

 Dalam pada itu, Adira berkata, ibunya paling terkesan dengan berita berkenaan kerana dia rapat dengan Shahrul namun tetap reda dengan apa yang berlaku.

Jelasnya, keputusan untuk menamatkan hubungan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama dan mereka berdua sudah berusaha menyelamatkan hubungan berkenaan tetapi gagal.

"Bukan saya atau Shahrul tetapi ia keputusan kami berdua selepas berbincang semasak-masaknya. Sudah ketentuan tiada jodoh di antara kami," jelasnya.

Sementara itu, Adira berkata, dia ada menghubungi Elizabeth Tan untuk menjernihkan keadaan selepas penyanyi lagu Knock Knock itu dituduh sebagai punca keretakan hubungan mereka.

Kata Adira, soal pihak ketiga tidak timbul dalam hubungan mereka dan Elizabeth tidak bersalah dalam hal berkenaan.

"Saya tidak salahkan Elizabeth dan saya ada menelefonnya untuk menjelaskan situasi sebenar. Tiada pihak ketiga terlibat dalam soal ini kerana masalah yang timbul adalah di antara saya dan Shahrul," jelasnya.

Terdahulu ada gosip mengatakan punca Adira dan Shahrul putus apabila pemuda itu dikatakan cuba memikat Elizabeth.

Pasangan itu Mengikat tali pertunangan pada 22 Disember tahun lalu dan mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Sepetmber depan.

sumber
http://ift.tt/1LUIaVB

Samsudin Lamin Meninggal Dunia

Samsudin Lamin Meninggal Dunia : Samsudin Lamin, 76, penyanyi veteran dilaporkan meninggal dunia pada Rabu di kediamannya di Kampung Setia, Batu 18, Rawang.

Samsudin Lamin Meninggal Dunia

Menurut isterinya, Yunetta Yusof, 57, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.40 pagi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Dia jatuh di biliknya pada 28 Mac lalu dan sejak itu keadaan kesihatan arwah semakin buruk dan tidak mampu untuk berjalan, selain itu dia juga ada jangkitan kuman pada paru-paru.

"Sejak jatuh itu, dia ada beberapa kali dimasukan ke Hospital Sungai Buloh dan pagi tadi juga kami sudah panggil ambulans untuk membawanya ke hospital, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia di rumah," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Yunetta berkata, sebelum suaminya itu meninggal dunia, Allahyarham ada mengadu sesak nafas sebelum rebah dipangkuannya.

Tambahnya, ketika kejadian, dia sedang melakukan rutin harian untuk memandikan dan menukar lampin suaminya itu.

"Saya tidak menyangka sebab pada mulanya dia hanya mengadu sesak nafas dan tiba-tiba pengsan di pangkuan saya dan apabila doktor datang arwah sudahpun meninggal dunia," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Kampung Setia dan dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Batu 20, Kuang.

Samsudin Lamin terkenal dengan lagu-lagu Melayu asli antaranya Titisan Embun Pagi, Seri Siantan dan Bukit Malawati.



sumber
http://ift.tt/1NwOyD0

Aliff Aziz Bertunang Disember Depan

Aliff Aziz Bertunang Disember Depan | Aliff Aziz merancangkan akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bella Astillah pada Disember depan.

Aliff Aziz Bertunang Disember Depan

Kata Aliff,  keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu sebelum ke alam perkahwinan.

" InsyaAllah saya merancang untuk bertunang dengan Bella pada Disember ini. Cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi.

"Keputusan ini dibuat selepas merasakan Bella adalah wanita idaman saya yang sebenar untuk dijadikan bakal isteri," katanya kepada mStar Online.

Aliff Aziz ditemui pada majlis pelancaran rancangan istimewa Hari Raya Astro di Hotel The Majestic.

Bagaimanapun kata Aliff, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Mengenai Bella, dia merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astilla yang sedang menuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuaal Lumpur (KLMU) dalam bidang  penyiaran.

Sementara itu, Aliff berkata dia kini sedang berusaha untuk kembali membersihkan namanya yang selama ini sering dianggap penyanyi tidak berdisiplin dan mempunyai masalah sosial.

Malah dia juga sudah berazam untuk berhenti berhibur di kelab malam kerana ingin menjadi seorang penyanyi yang bersih daripada sebarang isu dan kontroversi.

"Sudah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lelaki yang budiman dan berdisplin dalam melakukan sesuatu perkara.

"Jujurnya, Bella juga banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik. Saya tidak mahu lagi isu-isu buruk tentang saya diceritakan lagi," ujarnya.

sumber
http://ift.tt/1GZdhhr

Teknik Entri Kekal Relaven Sepanjang Masa

Mamat (Exist) Didenda RM4,000 Mengaku Salah Ambil Dadah

Mamat (Exist) Didenda RM4,000 Mengaku Salah Ambil Dadah  | Bekas penyanyi kumpulan Exist iaitu Mamat mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah pada Mac lalu.

Mamat (Exist) Didenda RM4,000 Mengaku Salah Ambil Dadah

Selain itu, Mamat turut dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman pada Selasa turut memerintahkan penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu itu berada dalam pengawasan polis selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini pada pukul 11 malam 26 Mac lalu.

Penyanyi itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Dalam pertandingan Gegar Vaganza siaran Astro Ria pada Januari lalu, Mamat mendapat tempat ketiga yang melayakan dia menerima wang tunai RM15,000.

Dia juga mendapat wang tunai RM5,000 kerana memenangi persembahan terbaik dalam pertandingan itu.

sumber
http://ift.tt/1LHqxLX

Uqasha Senrose Terharu Bila Syafiq Kyle Umum Hubungan

Uqasha Senrose Terharu Bila Syafiq Kyle Umum Hubungan | Uqasha Senrose terharu apabila aktor Syafiq Kyle berani membuka mulut mendedahkan secara terbuka dalam sebuah akhbar mereka adalah pasangan kekasih.

Uqasha Senrose Terharu Bila Syafiq Kyle Umum Hubungan

Bagaimanapun kata Uqasha, sebagai wanita dia tidak mahu bercakap mengenai soal berkenaan secara berlebih-lebihan kerana bimbang ia akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

"Saya terkejut dan terharu kerana mengenali Syafiq dia bukan jenis yang gemar cakap soal hubungan cintanya secara terbuka.

"Bagaimanapun sebagai wanita tidak perlu rasanya saya hendak komen apa-apa dan cukup sekadar dengan kenyataan Syafiq itu," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada sebuah majlis berbuka puasa.

Terdahulu, pasangan berkenaan dilaporkan sedang bercinta namun disangkal oleh kedua-dua belah pihak selain menegaskan mereka hanya sekadar kawan rapat.

Dalam pada itu, Uqasha berharap kenyataan Syafiq itu dapat menjawab segala spekulasi berhubung hubungan mereka selain berharap peminat mendoakan kebahagian untuk mereka berdua.

Syafiq dalam kenyataannya di sebuah akhbar berkata hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dia sedang mempersiapkan diri termasuklah mengumpul aset sebelum memikirkan soal berumah tangga.

Dalam pada itu bercakap soal perkahwinan, Uqasha menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

"Tidak manis rasanya saya hendak mengulas perkara itu kerana nanti orang anggap saya berlebih-lebihan pula tetapi saya letakkan perkara itu kepada ketentuan Allah," ujarnya.

Sementara itu, Uqasha mengakui, sejak akhir-akhir ini mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk untuk menghabiskan penggambaran sebelum kedatangan Aidilfitri.

"Sebab itu saya terkejut dan terharu apabila dia buat pengakuan itu kerana kami sudah agak jarang berjumpa sejak akhir-akhir ini.

"Tapi kami sering berhubung menerusi telefon dan mesej tetapi tidak pula dia bercakap apa-apa mengenai pengakuannya itu," katanya.

sumber
http://ift.tt/1IsbELy

Romie Harap Hanez Lahirkan Bayi Perempuan

Romie Harap Hanez Lahirkan Bayi Perempuan | Suami Hanez Suraya iaitu Romie Razin Adilha Abd Rais berharap isterinya itu bakal melahirkan bayi perempuan untuknya.

Romie Harap Hanez Lahirkan Bayi Perempuan

Kata Hanez lagi, suaminya teringin untuk menimang cahaya mata perempuan memandangkan sudah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

"Jika diizinkan suami mengidam untuk dapat anak perempuan kerana sudah ada dua anak lelaki tetapi dia tidaklah sampai terlalu mengharap.

"Saya sendiri pun kalau boleh hendak anak perempuan tetapi itu semua kuasa Allah," katanya.
Hanez kini sedang hamil tiga bulan dan dijangka bersalin pada Januari tahun hadapan.

Dalam pada itu, Hanez bersyukur kerana tiga bulan pertama kehamilannya dia tidak mengalami alahan teruk seperti mana kebanyakkan wanita lain.

Bagaimanapun kata Hanez, sejak mengandung dia berasa loya terhadap bau-bauan seperti minyak wangi dan masakan.

"Alahan tiada tetapi tidak boleh bau wangi saya rasa hendak muntah termasuklah bau makanan tetapi Alhamdulillah saya sudah lepas tahap tiga bulan pertama," katanya.

Sementara itu, Hanez berkata, persiapan Aidilfitri pada tahun ini akan lebih tertumpu kepada suami dan anak-anak tirinya memandangkan dia kini sedang berbadan dua.

"Hendak tempah baju pun tidak seronok kerana sedang mengandung dan bimbang baju tidak muat nanti. Tapi apa pun suami dan anak-anak diutamakan untuk hari raya tahun ini.

"Sebagai seorang wanita yang kali pertama menyambut Aidilfitri buat pertama kali sebagai isteri, ibu dan hamil sudah tentu saya teruja dan berharap ia akan meninggalkan kenangan manis buat kami sekeluarga," ujarnya.

sumber
http://ift.tt/1FPMwI9

ad banner