Mamat (Exist) Didenda RM4,000 Mengaku Salah Ambil Dadah | Bekas penyanyi kumpulan Exist iaitu Mamat mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah pada Mac lalu.
Selain itu, Mamat turut dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman pada Selasa turut memerintahkan penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu itu berada dalam pengawasan polis selama tiga tahun.
Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini pada pukul 11 malam 26 Mac lalu.
Penyanyi itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.
Dalam pertandingan Gegar Vaganza siaran Astro Ria pada Januari lalu, Mamat mendapat tempat ketiga yang melayakan dia menerima wang tunai RM15,000.
Dia juga mendapat wang tunai RM5,000 kerana memenangi persembahan terbaik dalam pertandingan itu.
sumber
http://ift.tt/1LHqxLX

No comments:
Post a Comment