Tuesday, 30 June 2015

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Apabila anak batuk kerana tidak sihat, biasanya ramai ibu bapa akan merasa risau dan kasihan melihat keadaan mereka. Kali ini kami ingin berkongsikan petua, bagaimana untuk melegakan batuk anak-anak kita.

Anak batuk


Madu asli

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Kunyit hidup atau bawang putih

Gosok kunyit hidup dimana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Daun Kaduk 

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Kismis 

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Daun Bunga Tahi Ayam

Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.

Khasiat Air Kelapa Kepada Tubuh Manusia

Khasiat Air Kelapa Kepada Tubuh Manusia: Air kelapa banyak memberi manfaat kepada tubuh manusia. Air kelapa banyak dijadikan amalan kerana dikatakan mujarab untuk mengurangkan demam dan suhu badan.

Khasiat Air Kelapa Kepada Tubuh Manusia

Selain itu, air kelapa juga sering digunakan untuk kecantikan dan rawatan tradisional.

Beberapa kajian dilakukan mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Air kelapa juga mengandungi gula antara 1.7 hingga 2.6 peratus dan protein 0.07 hingga 0.55 peratus.

Berikut beberapa manfaat air kelapa pada tubuh :

Agen anti-penuaan.
 Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman.
 Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

Hidrat dan meremajakan badan anda.
 Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino.

Membantu penurunan berat badan yang sihat.
 Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.

Menyingkirkan toksin daripada badan.
 Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan.

Inilah Yang Akan Jadi Jika Anda Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-turut

Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien.
 Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B.

Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf.
 Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda.

Bagus untuk kulit.
 Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.

sumber

Azwan Ali Akhirnya Tunduk Dengan Ayahanda !! Akhirnya


Selepas mendapat tomahan dan makian daripada seluruh rakyat Malaysia,akhirnya Azwan Ali
tunduk dan akur meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia melalui laman istgramnya .Mungkin
dari desakan dari Ayahanda Kulup Azwan Ali baru tunduk .. Jom dengar luahan kesal Azwan Ali macam sekor kucing DI SINI

AKHIRNYA AZWAN ALI TUNDUK DENGAN AYAH ..



IBU KANDUNG DEDAH PERANGAI BURUK AYAHNYA ..


Ibu kandung kepada budak berusia 5 tahun yang didera pasangan suami isteri yang kejam, Sana Abdul Malek terpaksa menyerahkan anaknya kepada suaminya apabila mereka bercerai pada 2013.
Cerita penuh di LINK SINI !

Bekas Isteri Dedahkan Perangai Si Lelaki ..


Dia yang berketurunan Thai-Muslim dan tinggal di Pasir Mas ini menyatakan dia tidak tahan menjalani kehidupan berumahtangga dengan lelaki itu yang juga berketurunan sama.

“Saya tak tertanggung lagi untuk menjalani kehidupan dengannya. Saya terpaksa memberikan anak perempuan saya kepadanya sebagai syarat untuk bercerai,” kata Sanan.

Keputusan untuk menyerahkan anak perempuannya itu adalah perjanjian peribadi dan bukannya di atas perintah mahkamah.Sana menolak untuk menjawab soalan lanjut mengenai perkahwinan dan perceraiannya serta mengapa dia begitu terdesak untuk menamatkan perkahwinannya itu.

Doktor mendapati 13 tulang anak perempuan Sana telah patah selepas dia dimasukkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana disyaki didera.Sana berkata dia melihat kesan lebam di badan anaknya itu selepas isteri kepada bekas suaminya berkata mereka mahu menyerahkan semula anak itu kepadanya kerana mereka tidak dapat menjaganya lagi.Namun, timbul lebih banyak persoalan mengenai ibu bapa kanak-kanak itu sejak siasatan bermula.

Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata kedua-dua ibu bapa ini adalah pendatang tanpa izin apabila kanak-kanak itu dilahirkan tetapi kini tidak lagi berstatus pendatang dan menetap di sini secara sah.Menurut sumber hospital, rekod lahir kanak-kanak itu mencatatkan nama orang lain sebagai bapa.Pada masa itu, lelaki itu adalah seorang rakyat Malaysia.

“Saya berasa pelik kenapa seorang ibu kandung sanggup menyerahkan anaknya begitu sahaja.
“Adalah menyedihkan anak yang dilahirkan miskin menjadi pajak gadai dalam perjanjian itu dan akhirnya dia disiksa dan dipukul dengan kejam.“Saya seakan tidak percaya suspek, yang dikatakan sebagai bapa anak itu, akan membenarkan perkara ini berlaku,” kata sumber itu.

Pada Isnin, budak perempuan berkenaan telah menjalani pembedahan kecemasan kerana ususnya berpintal.Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata usus kanak-kanak itu mengalami masalah, iaitu berpintal sehingga mengakibatkan makanan tidak dapat bergerak dengan betul.Dr Ghazali telah dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 10.30 pagi Isnin dan pembedahan selesai satu jam kemudian. Keadaannya stabil dan dalam masa terdekat ini, dia tidak boleh makan apa-apa sehingga saluran usus itu pulih.

Silap Besar Letak Foto Selfie Atas Katil - Yazer

Silap Besar Letak Foto Selfie Atas Katil - Yazer | Yazer menyifatkan foto selfie di atas katil bersama isterinya Ekin Rahman yang dimuat naik di Instagram mereka pada bulan lalu adalah satu kesilapan besar.

Silap Besar Letak Foto Selfie Atas Katil - Yazer

Kata Yazer, dia tidak menyangka tindakan itu menjadi kontroversi selepas mereka dikutuk walaupun pada mulanya niat mereka untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

"Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.

"Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat," katanya.

Pada awal Mei lalu, pasangan suami-isteri ini menjadi perhatian selepas sekeping gambar selfie di atas katil dikongsikan di akaun sosial masing masing.

Ekin dan Yazer teruk dikritik netizen yang menganggap foto tersebut kurang sopan.

Bagaimanapun Ekin telah membalas semula komen-komen tersebut dan menyifatkan para pengikut sepatutnya  tiada hak untuk mengkritik.

Sementara itu, Yazer berkata, perkara tersebut mengajar mereka agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik foto yang boleh mengundang kutukan masyarakat.

Apatah lagi mereka tidak pernah mencetuskan sebarang isu dan kontroversi berkenaan membuka mata mereka untuk lebih peka selain berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.

"Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku.

"Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, Ekin kini sedang mengandung dan dijangka bersalin pada September depan.

Yazer dan Ekin telah bernikah pada 26 Disember tahun lalu.

sumber
http://ift.tt/1Ns6grM

ad banner