Seperti yang kita tahu, Malaysia kini teruk dilanda jerebu kerana kecuaian yang dilakukkan oleh negara jiran iaitu Indonesia yang membakar hutan secara terbuka. Dengan jerebu yang semakin teruk dilanda di negara Malaysia, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapatkan cuti kerana masalah jerebu.
Menerusi laman sosial, kini tersebar pekeliling palsu yang mendakwa seluruh sekolah di negeri Selangor, Putrajaya, KL, Sarawk dan Negeri Sembilan tutup esok khamis susulan jerebu. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia pada petang 30 September 2015 menafikan dakwaan tersebut dan tidak pernah mengeluarkan pekeliling berkenaan.
Berita Palsu Jerebu Sekolah Tutup Esok 1/10/2015
Antara Pekeliling Palsu Tersebar Sekolah Tutup Esok 1 Oktober 2015
Perlu dimaklumkan bahawa pekeliling yang tersebar dibawah adalah tidak benar sama sekali.
P/S : Semoga pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber : melvister
No comments:
Post a Comment