Wednesday, 30 September 2015

Isu Pelacuran Di Makkah: Saiful Nang Balas Kritikan Dan Cemuhan Orang Ramai Kepada Beliau Dengan Tamparan Hebat !!





Berikut adalah permohonan maaf daripada beliau yang disiarkan di laman Facebook milik beliau.

Manusia biasa pasti melakukan kesilapan, marilah kita berlapang dada dan berbesar hati dengan permohonan maaf beliau ini. InshaAllah.

 ISTIGHFAR TERBUKA
Bismillahirohmanirrohim. Salam kepada semua netizen. 3 hari yang lalu saya ada mengeluarkan statement mengkritik keluarga As-saud dalam pentadbiran Haramain serta membuat pendedahan tentang aktiviti pelacuran di sekitar Tanah Haram. SAYA MENGAKU KEKHILAFAN saya dan meminta maaf kepada semua yang terasa atas pendedahan itu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, isu itu bukanlah isu baru (sila lihat pada link video dan rencana dalam artikel yang saya share ini) cumanya ia masih ada dan belum terbasmi lagi dan pendedahan itu menggunakan cara yang kurang hikmah.

MAKA DENGAN Mengambil uswah Nabi Muhammad SAW yang dahulu pernah ditunjukkan bagaimana untuk menyucikan Tanah Haram caranya bukan berdepan tetapi dengan cara berhijrah, mengatur siasah dan membuat establishment contoh di sebuah tempat lain (Madinah) sehingga penduduk Makkah menerima ideologi dan saran Nabi secara sistemik tanpa kekecohan dan pertumpahan darah. Itu kerana telah terbukti pentadbiran Nabi itu yang terbaik berpandukan Al-Quran yang sedang turun. Nabi sendiri tidak menegur Abu Jahal & Abu Lahab yang merupakan sanak saudara baginda secara berhadap kerana pasti akan diperangi. Di situ saya tersilap langkah dan terlalu rakus untuk menyampai semua yang saya tahu.
Saya seharusnya lebih hikmah pada masa akan datang dalam mengenengahkan isu yang sensitif sebegitu walaupun ia benar. Baca dengan tenang nasihat dari Warga Prihatin ini supaya saya dan anda semua boleh ambil pelajaran darinya.
Astaghfirullah Al-Azim
Alhamdulillah
SN

SUMBER ASAL

No comments:

Post a Comment

ad banner