Sunday, 12 July 2015
Wanita Di Campak Ke Dalam Longkang Selepas Di Rogol Beramai-Ramai
Polis sedang menyiasat kes seorang gadis yang dipercayai dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibuang ke dalam parit.
The Star Online melaporkan, gadis berusia lingkungan 20an itu ditemui terbaring di dalam parit berhampiran sebuah restoran makanan laut di Jalan Bundusan, dekat Penampang.
Ketika ditemui, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dan seluruh anggota badannya mengalami lebam-lebam dipercayai akibat dipukul.
Ketua Polis Penampang, DSP Rosley Honden berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Penampang bagi mendapatkan rawatan.
“Gadis itu kini sedang mendapatkan rawatan sebelum kita boleh mengambil keterangan daripadanya,” katanya.
Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment