Tuesday, 14 July 2015

Video : Pasangan mengaku adik beradik ketika di cekup

Ini antara dua pasangan berasingan dalam kes 'projek maksiat ramadhan' yang sempat dicekup. 

Sepasang daripadanya cuba menipu penguatkuasa dengan mengatakan mereka adalah adik beradik. Apabila ibubapa mereka mahu dihubungi lalu mereka mengaku bukan mahram.

Gadis yang seorang lagi juga mengaku menipu ibunya. Beliau sengaja pulang dari Kuala Lumpur sehari awal untuk bertemu kekasihnya.
VIDEO KLIK SINI
Baru-baru ini menjadi viral klip video seorang gadis yang bercakap dengan emaknya dalam keadaan berbogel di hotel bajet mengatakan beliau sedang membeli buku bersama rakan. Padahal beliau sedang 'bersama' dengan teman lelakinya di hotel 2 jam itu.

Begitu banyak ibu bapa yang 'bersangka baik' terhadap anak-anak mereka telah 'tertipu' dengan lakonan anak-anak. 

Perbuatan sumbang anak-anak ini hanya disedari apabila mereka telah dibunuh teman lelaki, telah hamil atau membuang bayi.

Awasilah, ambil tahulah gerak geri anak-anak kita. Maklumkan situasi tenat ini kepada ibubapa dan saudara mara di kampung yang juga mempunyai anak gadis.

Jangan lupa nasihatkan anak teruna agar tidak sewenang-wenang meratah dara. Bayangkan jika kelak adik, kakak, isteri atau anak sendiri yang diratah.

No comments:

Post a Comment

ad banner