Friday, 24 July 2015

"The Untold Of Story" Imam Dari Penjara

"The Untold Of Story" Imam Dari Penjara : Ada hikmahnya, demikian luah  anak muda yang dikenali sebagai 'imam penjara' ketika menceritakan kembali kenangannya menghuni penjara Machang, Kelantan tahun lalu.

"The Untold Of Story" Imam Dari Penjara

Nama Muhammad Nafis Yaakub, 20-an, tiba-tiba menjadi sebutan apabila sebuah video dimuatnaik di YouTube memperlihatkan dia sedang mengalunkan bacaan al-Quran di sebalik tirai besi.

Video yang bertebaran di media sosial sejak awal Ramadan tahun lalu turut menggamit hati Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian menjadikannya sebagai anak angkat sebaik tamat hukuman penjara.

Menurut Muhammad Nafis, siapa sangka kehidupannya di penjara yang disangkakannya sebagai malang pada awalnya, rupa-rupanya berlaku sebaliknya.

"Saya ditahan dalam lokap selama 11 hari dan selepas itu saya dibawa ke penjara Machang, Kelantan... di sana selepas tersebarnya rakaman itu dengan takdir ALLAH, saya dimuliakan apabila saya diangkat menjadi ustaz oleh penjara.

"Saya ditugaskan untuk menjadi imam, tenaga pengajar kepada rakan banduan yang lain... Alhamdulillah selama empat bulan saya dalam penjara saya sudah jelajah semua blok di penjara itu, untuk menumpang mengajar kepada rakan banduan yang lain termasuk warden sekali.... itulah bagi saya dalam ujian itu ada  manfaat dan hikmahnya," katanya.

Malah menurut Muhammad Nafis, dia yang sepatutnya dikenakan hukuman penjara selama enam bulan, namun atas faktor tertentu pihak penjara telah meringankan hukuman tersebut.

"Sebenarnya saya sepatutnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi telah dipotong menjadi empat bulan, apa-apa pun saya dilayan dengan baik oleh pihak penjara," katanya.

Sementara ketika ditanya mengenai rutinnya kini, Muhammad Nafis berkata, dia kini sibuk menjadi pengajar di Madrasah Tahfiz Al-Qalam di negara kelahirannya Kemboja.

"Kadang-kadang saya datang ke Malaysia dan Brunei untuk menjadi imam dan mengajar," katanya.

Untuk rekod Muhammad Nafis ditahan akhir Jun tahun lalu dan dihantar ke Penjara Machang selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.

sumber
http://ift.tt/1JkhVcs

No comments:

Post a Comment

ad banner