Friday, 3 July 2015

Rozana Misbun Dakwa Tak Pernah Guna Duit Awie Untuk Beli Barang Berjenama

Rozana Misbun Dakwa Tak Pernah Guna Duit Awie Untuk Beli Barang Berjenama | Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, dia tidak pernah menggunakan wang milik suaminya, vokalis kumpulan Wings, Awie untuk membeli barangan berjenama.

Rozana Misbun Dakwa Tak Pernah Guna Duit Awie Untuk Beli Barang Berjenama

Rozana, 36, sebaliknya memberitahu, beberapa koleksi barangan berjenama miliknya dibeli sama ada sebelum berkahwin dengan Awie atau pun hadiah daripada lelaki itu.

"Tidak setuju guna wang miliknya yang disimpan dalam akaun di atas nama saya untuk membeli barangan berjenama.

"Dia (Awie) pernah menghadiahkan saya sebuah beg tangan jenama Chanel sempena ulang tahun perkahwinan dan dua buah beg Louis Vuitton saya beli sebelum berkahwin dengannya," katanya.

Rozana berkata demikian ketika menjawab soalan balas daripada peguam bela Awie iaitu Hazman Harun berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 milik penyanyi itu yang disimpan dalam akaun wanita berkenaan.

Ekoran kejadian itu Rozana mendakwa dibelasah suaminya sehingga mendatangkan kecederaan teruk kepadanya.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun tahun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana, Hulu Kelang.

Perbicaraan masuk hari keenam itu didengar dihadapan Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman dan pendakwaan dibuat oleh pendakwa raya, Goh Ai Reen.

Dalam pada itu, Rozana turut memberitahu, dia tidak pernah meminta rakan baiknya yang dikenali sebagai Ain Hussin untuk membantunya menjual barangan mewah tersebut bagi membolehkannya mengganti semula wang milik suaminya itu.

Bagaimanapun wanita berkenaan bersetuju ada berjanji kepada Awie selaku Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes berkenaan untuk membayar semula wang berkenaan dalam tempoh dua minggu.

"Ain adalah rakan kepada OKT dan hubungan kami hanya sekadar teman biasa," katanya.

Rozana turut menyangkal dakwaan kononnya Ain membantunya menebus barang kemas bernilai RM12,000 milik Awie yang digadai di sebuah kedai pajak.

Selain itu, Rozana juga tidak bersetuju Ain memberinya cadangan untuk mendaftarkan diri ke Pusat Perubatan Tama Desa, Jalan Klang Lama dekat sini pada 5 Jun tahun lalu supaya dapat melengahkan masa untuk membayar kembali wang berkenaan kepada Awie.

Tampil berbaju kurung berwarna merah jambu lengkap bertudung, Rozana pada prosiding berkenaan kelihatan ragu-ragu dengan jawapan diberikan selain kerap meminta peguam mengulang soalan yang ditanya kepadanya.

Awie yang duduk dikandang tertuduh dilihat tersenyum sinis sambil mengeleng-gelengkan kepalanya ketika mendengar Rozana menjawab soalan berhubung barangan mewah tersebut.

Sementara itu, Rozana turut menyangkal ada melakukan pembedahan plastik dan mengambil suntikan botox pada wajahnya sebelum kejadian yang mungkin menjadi penyebab wajahnya bengkak hasil daripada kesan sampingan rawatan tersebut dan bukannya akibat dibelasah Awie.

"Saya ada pergi ke sebuah klinik tetapi bukan untuk rawatan botox tetapi mendapatkan suntikan vitamin C," katanya.

Perbicaraan disambung pada Isnin depan.Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

sumber
http://ift.tt/1IVbN5V

No comments:

Post a Comment

ad banner