Saturday, 25 July 2015

Nora Danish Idam kahwin Tepi Pantai

Mengakui bahawa dirinya tidak mahu terburu-buru mendirikan rumah tangga semata-mata mahu memuaskan hati orang lain, Nora Danish dalam masa yang sama sebenarnya turut mengidamkan majlis perkahwinan di tepi pantai.

“Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga? Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin hubungan itu dengan lafaz ijab dan kabul. Begitu juga dengan Nora. Cuma tak mahulah berkahwin hanya kerana mahu menutup mulut orang yang tak senang melihat kami bersama”

“Sejujurnya, memang kami ada berbincang soal perkahwinan tapi tidaklah terlalu fokus. Lagipun kami masing-masing pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga terdahulu. Bukanlah nak kata kami serik tetapi kami tak mahu terlalu terburu-buru,” katanya kepada B*Pop.

Malah Nora juga menjelaskan dia mengidamkan majlis perkahwinan yang berkonsepkan sederhana dan dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga. Selain itu, tambah Nora, anaknya Rayqal sudah mula meminta adik baru pula.

“Nora memang mengimpikan perkahwinan yang cukup sederhana. Selepas diijabkabulkan di masjid, Nora mahu meraikannya di tepi pantai bersama keluarga dan teman-teman. Memang Nora mahukan konsep perkahwinan, tetapi dilakukan dalam situasi yang cukup sederhana,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

ad banner