Low Yat Panas Malam Semalam : Keadaan di Plaza Low Yat semalam tegang apabila dua kumpulan bertindak merusuh di kawasan pusat beli belah berkenaan.
Mereka yang dianggarkan lebih 200 orang tidak mengendahkan nasihat polis yang berkawal di situ agar bersurai sebelum bertindak ganas.
Dalam kejadian pada pukul 12.05 tengah malam itu, dua kumpulan berkenaan saling membaling topi keledar dan turut bertindak memukul seorang jurugambar manakala seorang wartawan yang cuba membantu juga menerima nasib sama.
Beberapa jam sebelum ketegangan itu berlaku, sekumpulan kira-kira 100 orang yang diketuai oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pusat beli belah itu kira-kira pukul 6.30 petang.
Perhimpunan itu yang berlarutan sehingga 8.30 malam adalah susulan kekecohan yang berlaku semalam dan didakwa bertujuan membantah penipuan penjualan telefon bimbit di salah sebuah kedai di situ.
Polis yang telah bersiap sedia di situ dapat mengawal keadaan dan berjaya menyuraikan kumpulan tersebut yang masuk ke dalam pusat beli-belah tersebut.
Sementara itu, berdasarkan komen-komen di media sosial, kekecohan semalam didakwa bermula apabila seorang pemuda datang ke salah sebuah kedai menjual telefon bimbit di pusat beli belah tersebut kerana merasa tertipu selepas menyedari gajet yang dibeli dengan harga sebenar rupanya tiruan.
Bagaimanapun, aduannya didakwa tidak dilayan oleh penjual di kedai telefon bimbit tersebut hingga menyebabkan pemuda itu berang dan mengambil telefon bimbit yang tulen dan meninggalkan yang tiruan.
Menyedari perbuatan remaja itu, dia kemudian telah dipukul sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan pusat beli belah berkenaan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis.
Tidak lama kemudian sekumpulan lelaki datang ke kedai telefon bimbit berkenaan dan melakukan kekecohan di situ sehingga menyebabkan berlaku kerosakan di kedai gajet berkenaan.
Sumber polis pula memberitahu, kekecohan semalam sebenarnya bermula apabila dua lelaki warga tempatan telah datang ke kedai alat telekomunikasi di plaza itu untuk membeli telefon bimbit kira-kira pukul 4.30 petang.
Menurutnya, ketika urus niaga itu, salah seorang suspek telah melarikan telefon bimbit yang mahu dibeli namun perbuatannya dilihat oleh jurujual kedai terbabit yang kemudiannya mengejarnya.
“Sewaktu dikejar, suspek yang mencuri telefon bimbit terjatuh dan ditangkap orang ramai.
Bagaimanapun seorang rakannya datang untuk menghalang dan berlaku sedikit ketegangan namun kedua-duanya ditahan oleh pihak keselamatan dan diserahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, sumber menjelaskan, dalam proses pengecaman suspek, saksi hanya mengecam salah seorang daripadanya dan menyebabkan polis melepaskan seorang lagi lelaki.
“Selepas itu barulah terjadi serangan di kedai telekomunikasi di plaza itu apabila rakan-rakan suspek datang dan menyerang serta membuat provokasi,” katanya sambil memberitahu seorang suspek yang ditahan polis telah direman selama tiga hari bermula semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden pergaduhan dan kekecohan di Plaza Low Yat semalam dan hari ini dan menegaskan kejadian itu tiada kaitan dengan kaum sebaliknya cuma membabitkan dua pihak yang bergaduh.
“Keadaan di situ sedang dikawal oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Jangan percaya khabar angin,” katanya melalui akaun Twitternya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, setakat ini sebanyak empat individu berusia 22 hingga 25 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan manakala empat lagi dipanggil untuk memberi keterangan.
Ujarnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan pihaknya percaya akan ada tangkapan susulan selepas ini.
sumber
http://ift.tt/1ShRK6S

No comments:
Post a Comment