Duit Mesin ATM Keluar Tiba-Tiba | Seorang peniaga terkejut apabila mesin juruwang automatik (ATM) tiba-tiba mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebelum dia memasukkan kad pintar miliknya di Alor Setar, baru-baru ini.
Wan Mohd Assamudin Ahmad, 50, berkata, semasa mahu mengeluarkan wang simpanannya di Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Tun Razak, Alor Setar, pada 31 Mac lalu, dia gagal memasukkan kad pintarnya di dalam ATM di situ.
Menurutnya, selepas itu dia cuba menekan beberapa butang di mesin itu dan tiba-tiba satu kad pintar telah keluar dari mesin itu, kemudiannya wang sebanyak RM500 turut keluar dari mesin berkenaan.
“Bimbang dengan duit itu yang tidak tahu hak milik sesiapa saya terus mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
“Apabila pulang ke rumah saya tertinggal kad pintar yang terkeluar dari ATM di mesin itu, selepas pergi semula ke mesin berkenaan saya mendapati kad pintar itu sudah tiada dan saya pulang semula,” katanya.
Wan Mohd Assamudin berkata, akibat bimbang wang itu ditangannya, dia telah berjumpa dengan pengurus BSN di situ untuk diserahkan wang berkenaan kepada pihak bank.
Bagaimanapun, menurutnya, pihak bank menasihatkannya supaya memegang duit itu dan akan memaklumkan kepadanya jika ada pihak datang untuk menuntut wang tersebut.
“Sehingga hari ini saya difahamkan belum ada pihak datang ke BSN untuk menuntut wang berkenaan dan ini sangat merisaukan saya.
"Selepas beberapa hari saya juga turut menerima penyata akaun dari bank dan mendapati wang saya tidak terjejas," katanya.
Wan Mohd Assamudin merayu kepada pihak yang mengeluarkan wang mereka pada hari itu tetapi gagal, hubungi dirinya menerusi talian 0164166676.
sumber
http://ift.tt/1g7Rlbn

No comments:
Post a Comment