2 kontroversi besar melanda dirinya selepas hariraya Aidilfitri lalu. Yang pertama, luahan rasa tidak puas hati dia terhadap Nabil Ahmad yang tidak menegur dirinya.
Manakala yang kedua pula ialah kata-kata yang kurang bermoral dan dilihat menghina mangsa kemalangan jalan raya di Aidilfitri.
Kedua-dua kontroversi ini timbul selepas kata-kata berkaitan diluahkan menerusi akaun Twitternya.
Akibat kata-kata yang ditulisnya, ramai pengguna Twitter yang mengecam dan mengkritik tindakannya. Kebanyakannya menganggap ia adalah satu perbuatan yang tidak patut.
Ramai yang menasihati Azwan Ali agar berubah, lebih-lebih lagi apabila diva itu telah menunaikan umrah beberapa kali. Akibat dikritik dan dikecam teruk, Azwan Ali telah pun mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitternya.
Namun sebelum penutupan tersebut dilakukan, Azwan Ali sempat memberi kata-kata terakhir kepada pengikut-pengikut setianya di Twitter:-
Tambah menarik, Azwan Ali menerusi akaun Instagramnya telah memaklumkan yang dia telah pergi ke Maxis untuk menutup akaun Twitternya. Tak ke rasa pelik bila dengar Azwan Ali kena pergi Maxis untuk tutup akaun Twitter. Mungkin Azwan Ali tak tahu yang dia hanya perlu tekan butang deactivate sahaja untuk meng"nonactive"kan akaun Twitter miliknya itu.
AT MAXIS ! ACC TWITS AGONG DIVA AA ? @azwanhjali NOW ? DE ACTIVATED ! ????? GUD BYE ALLLLLLL GONNA MISS NO 1 DARING TWITTER ACC IN THE WORLD ! DE ACTIVATED ? BUKAN TANDA TUNDUK ! IN FACT? AZWAN ALI TERUJA RELA HATI TUTUP ACC TWITS AGONG DIVA AA BCOZ TERLALU BERSEPAH FAKED PEOPLE & ANJINGGGG GILA KURAP MUKA MANUSIA TERHODOH ! #NOTanyMORE UNDERSTAND
Namun begitu, pasti ramai yang kecewa dengan tindakan Azwan Ali menutup akaun Twitternya.
Ramai yang menjadikan kata-kata Azwan Ali yang sukar difahami sebagai satu tempat menghilangkan stress. Apa pun, semoga dengan penutupan akaun ini, kontroversi yang bakal melanda diva popular ini akan berkurangan di masa hadapan.
Bagaimanapun dia sempat berpesan supaya pengikutnya berpindah pula ke Instagram baru miliknya...huhuhu - panjang lagi ceritanya nih...
sumber
http://ift.tt/1MpbXbr
No comments:
Post a Comment