Tuesday, 2 June 2015

Zakat Rohingya: 'Ramai lagi rakyat kita yang susah' - Che Mat

Zakat Rohingya: 'Ramai lagi rakyat kita yang susah' - Che Mat
CHE MAT: 'Ramai lagi rakyat kita yang susah.' Gambar fail

 

A LUMPUR: Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan kutipan wang zakat di negara ini lebih 'afdal' diberi keutamaan dan disalurkan kepada rakyat negara ini sebelum digunakan untuk membantu pelarian Rohingya.

Che Mat yang juga Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjelaskan, walaupun usaha membantu pelarian Rohingya dilihat satu perbuatan yang baik namun keutamaan wang zakat harus diletakkan kepada rakyat negara ini.

"Kita harus tumpu kepada orang susah di dalam negara dahulu. Rakyat kita ramai lagi yang susah.

"Tetapi baik tanya kepada Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman sendiri tentang kenyataannya semalam. Saya tidak mahu mengulas lanjut pendapatnya itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kita harus tumpu kepada orang susah di dalam negara dahulu. Rakyat kita ramai lagi yang susah
TwitterFacebookGoogleShare

Abdul Rahman pada Isnin menyifatkan kutipan wang zakat di negara ini boleh digunakan untuk membantu pelarian Rohingya kerana mereka termasuk dalam kategori 'ar-Riqab', salah satu golongan asnaf.

BACA: NGO, orang perseorangan diminta bantu pelarian Rohingya - Ahmad Zahid

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tanpa mengira agama dan kaum menghulurkan bantuan kepada pelarian Rohingya.

BACA: "Di mana nilai kemanusiaan kita?"

Tegas Zahid, kementeriannya melalui Jabatan Imigresen sedia bekerjasama dan menerima segala bentuk bantuan serta sumbangan bagi membantu pelarian yang terdampar di Langkawi pada 10 Mei lepas.

Dalam pada itu kata Che Mat, jumlah masyarakat yang dikategori susah di negara ini masih tinggi termasuk di Wilayah Persekutuan sendiri.

BACA: Isu Rohingya: ASEAN harus panggil mesyuarat tergempar - Tun M

Sebelum ini, Che Mat dilaporkan berkata, PPZ Wilayah Persekutuan optimis mencapai sasaran 85 peratus pembayar zakat menjelang akhir tahun lepas.

Jelasnya, ia merupakan jangkaan peningkatan bersandarkan jumlah pembayar zakat tahun lalu meningkat 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BACA: Apa salah kami jadi Rohingya?

Dalam pada itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut dilaporkan berkata, pelarian Rohingya juga berhak menerima zakat di bawah kategori 'Ibnus Sabil' iaitu musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negara yang mendatangkan pulangan yang baik kepada umat Islam.

Sehubungan itu, katanya Malaysia selaku negara Islam mempunyai kewajipan untuk membantu golongan itu atas dasar semangat kemanusiaan dan satu agama.

BACA: Rohingya: Ini malapetaka kemanusiaan, perlu ditanggung semua negara - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan Mei berkata, isu pelarian Rohingya yang membanjiri perairan negara serantau termasuk Malaysia perlu ditangani dengan segera sebelum keadaan bertambah dahsyat.

Ujarnya, Rohingya bukan sahaja isu ASEAN malah ia adalah isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian semua pihak.

Pada Selasa, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha turut berpendapat, pelarian Rohingya yang tertindas wajar diberi bantuan zakat serta bantuan lain yang sesuai.

Jelasnya, kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam setiap negeri akan diminta untuk memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan pelarian tersebut termasuk zakat.

BACA: Mangsa banjir boleh terima bantuan zakat - KP Jakim

Sebelum ini, Othman menyifarkan mangsa banjir boleh menerima bantuan zakat mengikut kriteria tertentu yang diputuskan oleh mufti di setiap negeri.

Katanya selain golongan miskin atau asnaf yang terjejas akibat banjir, mangsa lain juga boleh menerima zakat jika diletakkan di bawah kategori Al-Gharimin yang juga berhak menerima zakat.


No comments:

Post a Comment

ad banner