Tuesday, 30 June 2015

Surat Terbuka Buat Ziela Jalil

Surat Terbuka Buat Ziela Jalil

Surat Terbuka Buat Ziela Jalil


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt. 
kehadapan puan ziela jalil. 
apa khabar puan. diharap puan sihat. saya adalah antara berjuta penonton drama puan. isteriku luar biasa. 

saya teruskanlah point saya.saya malu tengok drama puan. boleh ke kalau saya katakan drama puan tu drama maksiat. 

kalau dulu..pihak berkuasa negara kita bukan main bersusah payah nak menangkap pasangan yg takde ikatan bercumburayu berpelukan bercengkerama kat taman,kat hutan,rumah kosong,hotel bajet, mahupun tandas awam,(wallahualam)..kemain diorang sanggup menyorok dari pandangan mata awam.(tetapi tidak dari Allah)

tp sekarang puan dgn bangga buat drama tunjuk kat mata masyarakat drama yg penuh dgn adegan peluk2..bersuap2 makan,pegangan tangan,berlaga pipi ...yg pada hakikatnya semua tau pasangan pelakon tu takde ikatan apa apa pun..

demi niat puan nak menunjukkan kasih sayang dan sucinya sebuah ikatan 'perkahwinan' ciptaan drama puan. 

ye..saya tau drama tu adaptasi dari novel. tapi bezanya novel adalah karangan yg terkandung dlm buku. yg dibaca kebanyakannya oleh golongan dewasa/remaja yg boleh berkhayal dan syok sendiri betapa indahnya dunia perkahwinan. yg dah ditulis dlm novel tu.. mereka dah kahwin puan. 

tapi ini dah cerah menyala dan terang benderang secara fizikalnya puan mengarahkan dua hamba Allah yg beragama islam bersentuhan pipi hidung tangan perut peha dan seterusnya puan pun tahulah kat mana..saya pun tak tau nak cakap apa lagi yg tersentuh kalau dah berpeluk mcm tu. 

saya malu puan. tengok drama hasil lakonan pelakon islam. pengarahnya islam dan penerbitnya pun islam. adakah sebab niat.. puan menghalalkan cara? 

kesianlah dgn keluarga saya yg ada anak remaja..meningkat dewasa.. sedang belajar hukum hakam agama..tapi terangan kat tv tunjuk sebaliknya..

puan nak suruh saya tutup tv ke. saya ada tv satu je. tu pun depan meja makan.kalau tak bukak.. kusamla rumah saya. budak2 muncung nak tgk tv. puan nak suruh saya tukar cenel ke. abis saya nak tengok ape.. saya suka tgk cerita tu..tapi sebab byk adegan mcm tu..mcm melampau pulak saya rasa..puan tak rasa begitukah?.  

saya tak marah pun niat puan ikhlas nak kasitau objektif drama tu adalah untuk menunjukkan kemesraan suami isteri. tp saya marah sebab puan menggunakan khidmat pelakon yg takde ikatan muhrim..segan kami org tua nengoknye.nak menjawap kat anak anak lagilah satuhal. Allahuakbar.

takboleh ke puan amek pelakon yg memang suami isteri utk lakonkan adegan mcm tu? contohnye..dato ct dgn dato k ke..(mampu?) norman hakim dgn meymey ke..(sendu pulak) che ta dgn zain ke.. lisa dgn yuci ke..shuib dgn sarah raisudin ke.. hanis zalikha dgn hairul ke.. fynn jamal dgn tri ke(tetibe)..

malah abangjib ngn kakmah pon boleh belakon jugak.. ha..diorang dah kawin..puan nak suruh diorang beciom menenggek atas katil .. bepelokan basah sambil basuh kereta pun pon saya tak marah..nak tunjuk adegan mandi skali pon boleh. .lagi la saya nak tengok.. 

dan sebab saya boleh jawap kat anak anak saya. there..tu diorang dah kawin. walaupun diorang berlakon aje.. tp diorang dah kawen. barulah hati saya senang nak tengok dan anak anak pun paham yg sememangnya dah muhrim baru boleh bersentuhan. kan banyak tu saya bagi nama kapel yg dah kawin. takboleh ke puan amek dorang aje? 

saya tak rasa pun nanti rating drama puan jatuh menjunam ke ape. saya rasa lagi ramai nak tengok pasangan dah kawin ni belakon drama puan. ala ala romantika gitu. kan dah mcm dua dlm satu. kami dpt tonton drama arahan/terbitan puan yg best..disamping dpt lihat kemesraan artis yg dah bersuami isteri. see..barulah sweet in real life kata orang.. gituu. tak menarik ke idea saya puan? 

tolonglah.. konsiderkan cadangan saya.. 

cukup2lah dgn adegan semacam itu kalau hero dan heroinnya takde ikatan lagi. drama dulu takde pun se daring sekarang. sedih saya puan. kami ibu bapa penat kerja nak hantar anak anak belajar agama..hukum islam.. tp bila balik rumah buka tb dah mcm tu pula lakonan dramanya.. 

saya harap puan tak terkesan dr sudut negatif teguran saya. puan ameklah dari sudut yg positip. saya hormat puan sebab puan sgtlah sempurna dimata saya.. menutup aurat,berharta,kaya raya mempunyai anak anak yg cantik beriman sangat bagus didikannya.. 

tunjukkan lah contoh yg baik buat anak anak muda kita yg berkebolehan utk mengarah atau menghasilkan drama melayu yg bagus. saya kagum dgn puan.. saya pilih untuk tegur drama puan sebab saya tau puan mampu ambil teguran saya dan mempertimbangkannya. 

saya tau banyak lagi drama atau pilem yg selamba kodok aje tunjuk pelakon tak muhrim bersentuhan. tapi saya tak tegur diorang sebab saya tak kenal pon diorang dan saya tak tengok pun hasil kerja diorang. puan ghaser?  

baiklah puan. setakat ini sajalah rasanya luahan saya. tak gi terawikh pulak saya mlm ni sebab gigih menulis semua ni untuk puan. 

akhir kata dari saya rakyat marhaen penonton tegar drama tb pada pukul 7ptg.. majulah drama melayu Islam di mata dunia. semoga setiap apa yg kita usahakan..diberkati Allah didunia dan di akhirat.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Puan Ziela Jalil. Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment

ad banner