Mengakui terkejut apabila doktor mengesyaki dia menghidap sakit jantung ketika menjalani pemeriksaan perubatan beberapa minggu lepas, Black Hanafiah tidak menjangkakan langsung bahawa perkara tersebut menyerangnya.
“Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat”“Saya kemudian rasa pening dan nak muntah sehingga isteri menyuruh saya duduk dan baring dulu. Selepas itu, kami terus pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan ketika di sana, doktor melakukan ECG (electrocardiogram) ke atas saya,” katanya
Menurut penyanyi ini, dia ditahan selama satu malam bagi mendapatkan pemerikasaan lanjut dan bersyukur apabila doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dan keadaannya kini pun sedah beransur pulih.
“Pada waktu itu, saya hanya fikirkan anak, isteri dan juga keluarga. Semasa dukung Khaleef, saya sampai memohon kepada Allah supaya jangan ambil nyawa saya lagi sebab saya nak tengok anak saya membesar dulu. Ketika berada di hospital, saya ditahan satu malam untuk doktor membuat pemeriksaan lanjut”“Alhamdulillah, selepas pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan jantung saya tidak ada masalah dan keadaan saya sekarang sudah semakin baik,” ujar Black.
No comments:
Post a Comment