Sunday, 24 May 2015
Zul Ariffin Sangkal Bersikap Angkuh Tolak Tawaran Drama??
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal tuduhan kononnya dia bersikap angkuh apabila menolak tawaran lakonan yang diberikan untuk siaran sebuah televisyen bukan komersial.
Zul atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 29, berkata, khabar angin tersebut ternyata mengarut memandangkan dia tidak pernah bersikap seperti itu.
"Khabar angin itu langsung tidak benar. Ia boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online menerusi aplikasi Whatsapppada Ahad.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Zul dikatakan telah menolak tawaran lakonan dengan sikap yang angkuh sehingga membuatkan penerbit drama tersebut tergores hati.
Dalam pada itu, Zul juga dikatakan semakin berlagak malah sudah mula mengupah beberapa pengawal keselamatan untuk menjaganya apatah lagi mula berasa rimas kerana sering diserbu peminat.
Sementara itu, Zul menegaskan bahawa tidak pernah mengupah sebarang pengawal keselamatan sebaliknya hanya menggajikan seorang pembantu peribadi.
"Bukan pengawal keselamatan, tetapi PA (pembantu peribadi). Kalau saya nak upah pengawal keselamatan, saya akan pastikan individu tersebut lebih besar daripada saya.
"Tetapi individu bersama saya itu kecil daripada saya. Sebenarnya tidak ada apa yang perlu diperjelaskan atau komen kerana khabar angin itu mengarut," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Zul kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Rindu Awak 200% Raya bersama aktres Ayda Jebat untuk tayangan sambutan Aidilfitri nanti.
sumber : Mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment