Thursday, 28 May 2015

Stacy Tidak Gembira, Terkilan Isu Agama Diputarbelitkan??!!




BERHUBUNG dengan isu agama yang sering menjadi bualan sejak kebelakangan ini, penyanyi, Stacy kesal dan terkilan kenyataan kekasihnya, Akim Ahmad diputarbelitkan.

Menurut Stacy, kenyataan Akim yang menyatakan dia bakal memeluk Islam adalah tidak sahih dan dan diputarbelitkan daripada perkara sebenar.

“Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.
“Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius,” katanya kepadaHarian Metro.
Stacy juga menyatakan lebih baik dia dan Akim tidak memberi sebarang komen mengenai hubungan mereka, cukup sekadar orang ramai tahu mereka sedang berkawan.
Dia juga tidak akan  mengambil tindakan ke atas pihak yang suka membuat spekulasi mengenai isu agama itu sekarang namun tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya perkara ini semakin melampau.

No comments:

Post a Comment

ad banner