Pelik tapi benar. Meskipun sudah berusia 65 tahun dan menjadi nenek kepada tujuh cucu, Annegret Raunigk berjaya melahirkan bayi kembar empat.
Bayi tersebut, tiga lelaki dan seorang perempuan dilahirkan pra-matang ketika Annegret hamil di minggu ke-26 di Hospital Berlin.
Annegret didapati hamil selepas beberapa kali menjalani prosedur rawatan kesuburan di Ukraine.
Beliau merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia sebelum ini merupakan ibu kepada 13 orang anak.
Dengan kelahiran bayi kembar empat ini, jumlah keseluruhan anak-anak Annegret adalah 17 orang.
No comments:
Post a Comment