Monday, 25 May 2015

Percayakah Anda Negara Ini Hanya Ada Rakyat Seramai 9500 Orang

Inilah Negara Republik paling kecil di dunia. Nauru yang dulu dikenali dengan sebutan Pleasant Island (Pulau Menyenangkan). Republik terkecil di dunia, penduduknya yang hanya berjumlah 9500 orang.

Nauru terletak hanya satu darjah di bawah garis Khatulistiwa sekitar 3000 km dari Caims, Australia. Penduduk yang sedikit itu mendiami sepanjang jalan utama yang ukurannya 24 km. Jika ingin mengelilinginya, hanya diperlukan 30 minit dengan kelajuan kenderaan 40 km / jam sambil menikmati pemandangan.

Bangunan rumah yang seperti belum siap, banyak sampah berserakan dan banyak infrastruktur yang tidak selesai.

Di sepanjang jalan, masyarakat kelihatan tak mempunyai pekerjaan.Pada tahun 2000an, pengangguran di Nauru tertinggi di dunia iaitu mencecah 90 peratus. Namun, beberapa bahagian pulau disana sangat indah dan angka jenayah disana juga rendah. tertarik untuk bercuti ke sana?



No comments:

Post a Comment

ad banner