Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan sepasang suami isteri telah bercerai kerana merasa marah apabila sering menyebut nama Yuhanis iaitu watak yang di lakonkan oleh Mia Ahmad dalam drama Hati Perempuan ketika tidur. Malah suami wanita tersebut mula berubah sikap dan kerap bergaduh dengan isterinya sejak menonton drama tersebut.
Sudah lama mengetahui mengenai gosip berkenaan, Mia bagaimanapun enggan mempercayainya seratus peratus kerana ia mungkin salah satu strategi untuk menarik perhatian pembaca.
Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai.
Tidak mahu memberikan impak yang negatif kepada penonton menerusi lakonan beliau, Mia mengakui pasti beliau akan merasa sedih sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana watak Yuhanis.
Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu.
Macam-macam yer sekarang ini, tetapi tidak dapat dinafikan kadang-kadang ada segelintir pasangan yang bercerai kerana sebab yang tidak munasabah. Namun, untuk kes ini mungkin juga ada pihak yang ingin menghangatkan lagi suasana dan mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka sendiri.
Sumber Berita: mStar Online
No comments:
Post a Comment