Thursday, 28 May 2015

Mia Ahmad Terpaksa Mengaku Bercinta Dengan Syarul Ridzwan?




Walaupun lakonan mereka dikritik oleh sesetengah pihak tetapi drama Hati Perempuan masih mempunyai penangan yang tersendiri sehinggakan pelakon utama Mia Ahmad terpaksa mengaku beliau sedang bercinta dengan Syarul Ridzawan kerana harapan peminat.


Saya terpaksa mengaku selepas ditanya Kak Sheila. Saya hanya anggap ia sebagai gurauan dan bukan perkara serius. Saya memang tidak tahu Syarul ada teman wanita atau tidak. Lagipun dia tidak pernah kongsikan hal peribadi dengan saya.
Mia yang memberitahu selesa berkawan dengan Syarul bagaimanapun menjelaskan tidak ada istilah bercinta dalam hidupnya dan hanya akan berkongsi mengenai hubungan istimewa beliau jika ingin mendirikan rumah tangga kelak.
Apa yang saya tahu, dia selesa berkawan dengan saya. Dalam hidup saya, tidak ada istilah cinta. Saya hanya akan berkongsi soal hubungan jika mahu berkahwin kelak.
Terbawa-bawa dengan lakonan mereka yang kelihatan agak romantis dalam drama tersebut, Mia dan Syarul sering digosipkan bercinta meskipun sebelum ini Syarul pernah menyatakan mereka berdua tidak lebih daripada rakan sekerja.

No comments:

Post a Comment

ad banner