Monday, 18 May 2015

Gadis Bungee Jumping Bogel Cetus Kemarahan

Gadis Bungee Jumping Bogel Cetus Kemarahan | Perbuatan seorang gadis dari Hong Kong yang melakukan aktiviti lasak terjunan bungee dalam keadaan bertelanjang bulat telah mencetuskan kemarahan segelintir penduduk di Chiang Mai, Thailand.

Gadis berusia 17 tahun itu mendakwa dia adalah seorang model dan perlu berbogel untuk merekodkan terjunan bungeenya itu.

Sebaik video terjunan bungee itu tersebar, pihak berkuasa Chiang Mai memeriksa pusat rekreasi lasak yang membenarkan gadis tersebut berbogel ketika melakukan aktiviti berkenaan.

Penyelia operasi pusat itu yang dikenali sebagai Bancha Chulakul mendedahkan kejadian berlaku pada 6 Mei lalu dan meminta maaf di atas perkara tersebut.

Dia yang tidak menjangkakan video itu akan menjadi viral berjanji tidak akan mengulangi perkara sedemikian pada masa akan datang.

Bancha telah ditahan oleh pihak polis tapi kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda sebanyak 1,000 bhat (RM107).

Gadis tersebut dilaporkan sudah kembali ke negara asalnya tetapi pihak berkuasa Thailand dikatakan telah menghubungi konsulat Thailand di Hong Kong untuk melakukan usaha perlu bagi menghalang gambar dan video terjunan bogel itu terus tersebar.

No comments:

Post a Comment

ad banner