Monday, 18 May 2015

Facebook Emak Kepada Bayi Yang Didera Sudah DIKENALPASTI !!!


KEJAM! itulah apa kami dapat gambarkan selepas melihat video ini.

Tersebar lagi di laman sosial video seorang bayi didera dengan kejam oleh seorang wanita yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Bayi malang tersebut dilihat dicampak sesuka hati diatas katil dan dipusing-pusing badannya dengan kuat menyebabkan anak kecil itu menangis.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut telah menggoncang badan bayi tersebut dengan kuat menyebabkan tangisan anak kecil itu semakin kuat.



Dari pemerhatian kami dari video yang berdurasi 52 saat itu, bayi berkenaan mungkin berumur dalam lingkungan 6-7 bulan.

Gelagat kejam wanita tersebut telah dirakam oleh seseorang mungkin juga rakannya, apa yang menghairankan aksi wanita tersebut memukul anak kecil itu tidak dihalang lansung sebaliknya hanya merakam.

Bagaimanapun SK tidak dapat pastikan video tersebut adalah video baru atau lama. Tetapi sehingga sekarang SK tidak pernah lihat lagi akan video ini di laman sosial atau pun di mana-mana media.

Jika video ini baru, harap sangat sesuatu dapat dibuat, wanita ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpalnya.

Kami dapat kenal pasti mak kepada bayi tersebut menggunakan nama Nadia Tiramisu. Semasa berita ini dikemaskini, Facebook kepada bayi ini masih aktif digunakan.

Klik sini untuk ke Facebook beliau

Ini adalah bukti yang menguatkan bahawa bayi yang didera adalah anak perempuan ini.

No comments:

Post a Comment

ad banner