Friday, 29 May 2015

Elizabeth Tan 100 Peratus ‘Anak Cina’ Tapi Tak Faham Mandarin



PENYANYI yang bakatnya dicungkil menerusi laman perkongsian video Youtube, Elizabeth Tan menyatakan hasrat mahu berduet dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.

Selain itu, Elizabeth turut berminat untuk melakukan kolaborasi dengan Amir Jahari yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

Elizabeth, 22, mengidolakan Yuna yang dilihatnya sebagai contoh untuk berjaya sehingga mampu mencipta nama sampai ke negara Uncle Sam.

“Saya sangat teringin nak berduet dengan Yuna dan juga Amir Jahari, kerana kedua-duanya berbakat besar dan saya sentiasa kagum dengan bakat mereka,” katanya.

Satu fakta menarik mengenai Elizabeth, walaupun berketurunan Cina namun dia mengakui langsung tidak boleh bertutur dan memahami bahasa Mandarin.

“Saya tiada darah kacukan dan memang 100 peratus Cina, namun tidak memahami dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina. Ini kerana di rumah kami berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

“Untuk menerbitkan album bahasa Cina, mungkin saya perlu menghadiri kelas Mandarin terlebih dahulu untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya yang kini semakin popular dengan lagu Knock Knock.

Elizabeth merupakan artis di bawah naungan syarikat milik Faizal Tahir, Faithful Music bersama-sama penyanyi dari Brunei, Aziz Harun dan juga Hani Soraya yang popular dengan lagu Hujung Dunia.

No comments:

Post a Comment

ad banner