SINGAPURA: Kumpulan El Gamma Penumbra dari Filipina yang tampil mempersembahkan aksi seni bayang-bayang dinobatkan sebagai juara edisi pertama program Asia’s Got Talent.
Kumpulan itu berjaya menewaskan 3 lagi peserta akhir yang juga dari Filipina juga iaitu Gerphil Flores, Junior New System dan Gwyneth Dorado.
Mereka juga berjaya menundukan peserta Thailand, The Talento, Gao Lin dan Liu Xin (China), Dance Trilogy, Khusugtun (Mongolia) dan Triqstar (Jepun).
Dengan kejayaan tersebut, El Gamma Penumbra berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US $ 100,000 dan berpeluang untuk mengadakan persembahan di Marina Bay Sands, Singapura.
Bagaimanapun perjalanan program tersebut agak sedikit tercalar selepas dikatakan keputusannya telah keluar lebih awal dan tersiar di laman sosial.
Program tersebut yang ditayangkan oleh saluran AXN telah membuatkan rasa terujanya kurang kerana kebocoran keputusan awal itu.
Dalam episod sebelumnya disiarkan 6 Mei lalu, mereka melakukan persembahan penghormatan kepada alam semula jadi dengan lagu "Colors of the Wind" dari Pocahontas. persembahan itu bukan sahaja membuat para juri mengundi mereka tetapi juga membuat juri Anggun menangis.
"Saya sudah berjanji tidak akan menangis malam ini. Apa yang benar-benar membuat saya jatuh cinta dengan prestasi anda adalah kerana mesej yang telah disampaikan melalui persembahan tersebut, " kata Anggun.
Mereka sebelum ini telah menerima dua Buzzers Golden daripada juri-juri iaitu di dalam uji bakat dan dalam separuh akhir.
Pemenang ditentukan melalui undi awam, di mana penonton di studio dan penonton di rumah seluruh Asia boleh mengundi persembahan kegemaran mereka melalui SMS, Facebook, atau pada aplikasi rasmi Asia Got Talent.
No comments:
Post a Comment