Monday, 27 July 2015

Muhyiddin Digugurkan Dari Kabinet Najib

Muhyiddin Yassin


PUTRAJAYA - Dalam perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

"Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran.

"Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu," katanya.

Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.

"Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini dapat jayakan segala perancangan kerajaan...," katanya lagi

Gempar : Tan Sri Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib

Putrajaya : Dalam perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14. 
 
"Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran.
 
"Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu," katanya. 
 
Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka. 
 
"Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini dapat jayakan segala perancangan kerajaan...," katanya lagi. - SINAR

'Terpaksalah Cari Isteri Baru Nak Dapat Anak Lelaki'



Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dalam Jabatan Perubatan dan Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia, saya menyambung housemanship selama 4 bulan dalam Bidang Perbidanan dan Sakit Puan.

4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan.
Wanita yang suda ada dua orang anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya.
Remaja 15 tahun yang dirogol bapa tirinya sehingga melahirkan anak.
'Single Parent' yang melarikan diri dari wad selepas melahirkan anak dan meninggalkan bayinya di wad.
Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi kehamilan yang sangat mencabar kerana berat badannya hampir 120 kilogram.
Pengalaman diterajang dibahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak melahirkan anak, sedangkan ketika itu saya juga hamil.

Tetapi, ada satu pengalaman yang betul-betul buat saya marah. Seorang wanita bersabung nyawa melahirkan anak yang ketiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya,

"Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah dua anak perempuan,".

Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu, dalam hati saya apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi.

Sebaik saja bayi comel itu dilahirkan, saya dan jururawat yang bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu.

Namun, berbeza pula dengan wajah si bapa apabila dia melihat bayi itu berjantina perempuan. Tidak akan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Terpaksalah cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," kata lelaki itu sambil tersenyum kelat.

Tiada ucapan terima kasih untuk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya. Tiada langsung kucupan tanda kasih buat si isteri. Yang ada hanyalah kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya seolah-olah berkata 'Tak mengapa doktor,'.

Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang mungkin saya akan sesali kemudian hari.

Kalau pun si suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya kromosom X dan Y darinya yang menentukan jantina anak, bukannya salah si isteri melahirkan anaknya perempuan. Bukankah sebagai seorang beriman, kita wajib menyakini itu semua qadha dan qadar Allah?

Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dalam Surah An-Nahl.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita. - Azlindarita

Kita Jumpa Dekat Sana – Baca 11 Luahan Menyentuh Hati Lelaki Ini Terhadap Arwah Kekasihnya


Benarlah jodoh pertemuan, ajal dan maut merupakan ketentuanNya. Sebaik mana kita merancang, sehebat mana kita merencana andai sudah tertulis bukan milik kita. Redha lah kerana ada hikmah disebalik yang berlaku.

Sejujurnya air mata kami jatuh tatkala membaca kesemua luahan sayu lelaki ini setelah kehilangan orang yang disayangi akibat kemalangan semasa raya ketiga.

Difahamkan bakal tunang lelaki ini mengalami pendarahan teruk di kepala sebelum meninggal dunia selepas beberapa hari koma.

Baca luahan dan kata-kata semangat lelaki ini buat arwah yang hampir seminggu berada dalam koma.


Please wake up..















5 Gambar : Kisah p-elacur melayu Zara semakin terdesak selepas Viral ?

Kisah seorang wanita melayu yang sebelum ini menjadi viral di media sosial gara-gara berkerja sebagai wanita pemuas nafsu lelaki, dari seorang gadis biasa yang penuh sopan santun Zara kini hidup penuh noda.

Wanita yang berhati kering penuh dengan perasaan tegas dan dendam yang tersemat dalam diri nya sebelum ini menjadi viral dengan mendedahkan beberapa orang terkenal pernah melanggang khidmat nya yang enggan membayar selepas guna khidmatnya






Adakah Zara kini terdesak mencari pelanggan nya dengan menawarkan melalui laman sosial nya, namun apa yang Zara lakukan buat masa ini tidak ada tindakan apa-apa dari pihak berwajib, ada kah Zara di pihak yang benar sehingga kan tiada tindakan ke atas diri nya.

Namun bagi Zara dia mungkin ada sebab tertentu mengapa beliau jadi sedemikian, kita sebagai orang ramai masih mengharap kan Zara kembali ke pangkal jalan setelah tersasar jauh jalan hidup nya. -BS

10 Gambar : Mayat di atas pokok 4 maut nahas ngeri di Lebuhraya Elite

Pasangan suami isteri antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima di Kilometer 9.9 Lebuhraya Elite arah Putra Height, awal pagi tadi.



Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, tiga lagi penumpang kenderaan yang dalam perjalanan dari Subang Jaya mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Putrajaya.









Sumber polis trafik berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan berkenaan terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok meyebabkan mayat bergelimpangan dan ada tersangkut diatas pokok.



"Mangsa yang maut adalah pemandu kenderaan itu dan tiga penumpang lain termasuk pasangan suami isteri berusia antara 25 hingga 27 tahun," katanya.




Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. R.I.P

GEMPAR!!! Bahana Ubat Kuat..'Hari Hari Nak..Curang Lagi... ' - Luahan Hati Isteri.

gambar hiasan
“Gagah, besar, tahan lama dan perkasa,”. Ia bukan iklan bangunan pencakar langit, projek jutaan ringgit, sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat atau produk perangsang tenaga batin itu menjadikan seorang suami lupa diri. 
        
        Demikian pengakuan seorang isteri, Hamidah (bukan nama sebenar), 28, dari Rompin, selepas suaminya mula ketagih mengambil pil perangsang s/ks sejak lebih dua tahun lalu semata-mata inginkan kepuasan dalam perhubungan kelamin.
        
        Hamidah yang mempunyai tiga orang anak berkata, sejak suaminya menggunakan pil perangsang itu, dia terpaksa melayan kehendak suami tanpa mengira masa walaupun ketika datang bulan.
        
        “Masalah saya adalah suami sangat kuat nafsu sejak dia mengambil pil perangsang s/ks. Dia mahukan s/ks setiap hari termasuk sewaktu saya didatangi haid,” katanya kepada Sinar Harian.
        
        Hamidah yang baru melahirkan anak bongsu enam bulan lalu berkata, keinginan suami semakin membuak-buak semasa dia dalam tempoh berpantang.
        
        “Saya juga dipaksa melayaninya selepas 15 hari melahirkan anak meskipun kesan sakit semasa melahirkan bayi masih terasa pada ketika itu,” katanya.
        
        Hamidah berkata, jika tidak dilayan nafsu suaminya itu, lelaki yang sudah hidup dengannya sejak lima tahun lalu itu boleh bertukar perangai serta merta.
        
        “Kalau keinginannya tak dipenuhi, saya pula tak tahan mendengar leterannya, malah dia akan bersikap kasar terhadap saya,” katanya.
        
        Layan tanpa kira waktu
        
        Menurut Hamidah, sedang sibuk dia membuat kuih raya pada Ramadan lalu, suaminya datang tiba-tiba lalu meminta Hamidah masuk ke bilik tidur kerana sudah kemaruk nafsu.
        
        “Kadang-kadang saya terpaksa meninggalkan kerja lain semata-mata ingin penuhi permintaan suami.
        
        Malah, katanya, lebih teruk suami memaksa anak-anak supaya tidur awal hingga menyebabkan kerja sekolah anak tidak dapat disiapkan.
        
        “Hidup saya dalam keadaan tertekan. Anak-anak pula menjadi mangsa apabila dipaksa tidur seawal jam 9 malam akibat sikap jelik si bapa,” katanya.
        
        Katanya, akibat sikap suaminya itu, dia pernah terfikir untuk bercerai, namun hatinya kuat untuk tidak melepaskan si suami.
        
        “Mana tahan kalau hidup macam ini. Saya fikir sebab ada anak-anak sahaja saya kuatkan hati. Kalau bukan kerana anak, sudah lama saya tinggalkan suami.
        
        “Bagi saya tujuan perkahwinan bukanlah s/ks semata-mata, sebaliknya banyak perkara yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu,” katanya.
        
        Katanya, suaminya itu dahulu tidaklah kerap melakukan hubungan intim, sehinggakan seorang rakannya memberinya pil perangsang s/ks.
        
        “Malah dia juga selalunya tewas di ranjang. Mungkin faktor malu menyebabkan dia terpaksa menguatkan tenaga batin untuk mencapai kepuasan,” katanya.
        
        Pernah berbincang
        
        Hamidah berkata, dia juga pernah berbincang dengan suami berhubung hal itu, namun suami mengakui sukar untuk membuang tabiat tersebut.
        
        “Suami mengakui kesan ubat itu sungguh kuat hingga menyebabkan dia ketagihan untuk mengambilnya setiap hari.
        
        “Dia meminta saya memberinya sedikit masa untuk dia mengurangkan ketagihan agar dia dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu,” akui wanita itu lagi.
        
        Seorang lagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmah (bukan nama sebenar), 32, berkata, penangan ubat kuat itu menyebabkan suaminya bercita-cita mahu berpoligami.
        
        Rahmah berkata, suaminya yang dahulu baik dan amat menyayanginya sudah berubah sikap kerana mempunyai ‘kekasih gelap’.
        
        Katanya, hancur hatinya apabila mengetahui suaminya itu curang dalam diam, malah terkejut apabila suami sanggup bermadu kasih menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbit lelaki itu.
 “Hancur hati saya apabila mengetahui suami sudah pandai bermain kayu tiga. Sangkakan saya panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari,” katanya.
        
        Katanya, dia mengesyaki suaminya curang selepas lelaki itu menggunakan ubat perangsang s/ks sejak enam bulan lalu.
        
        “Saya hairan kerana setiap kali suami pulang ke rumah, dia terus mendapatkan saya untuk melakukan hubungan s/ks.
        
        “Nafsu suami lebih kuat berbanding sebelum ini dan saya mula curiga dengan sikapnya itu,” katanya.
        
        Bagaimanapun, ibarat kata-kata pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’ dia terkejut apabila menemui pil perangsang ketika mahu membasuh seluar suami.
        
        “Selepas kami melakukan hubungan s/ks pada malam itu, saya bertanya suami tentang pil perangsang di dalam seluarnya. Setelah berdolak dalik, akhirnya suami mengakui mengambil ubat tersebut,” katanya.
        
        Sejak itu, katanya, sikap suami mula berubah dan pernah mengakui ingin berkahwin dengan wanita lain.
        
        “Hanya linangan air mata sahaja yang dapat saya zahirkan ketika lafaz itu diucapkan suami kepada saya. Tak sangka, suami sanggup berpoligami semata-mata inginkan s/ks,” katanya.
        
        “Suami juga sanggup melukakan hati saya dengan berterus terang inginkan wanita yang lebih muda daripada saya untuk memenuhi kehendak batinnya,” ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

ad banner