Monday, 27 July 2015

10 Gambar : Mayat di atas pokok 4 maut nahas ngeri di Lebuhraya Elite

Pasangan suami isteri antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima di Kilometer 9.9 Lebuhraya Elite arah Putra Height, awal pagi tadi.



Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, tiga lagi penumpang kenderaan yang dalam perjalanan dari Subang Jaya mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Putrajaya.









Sumber polis trafik berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan berkenaan terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok meyebabkan mayat bergelimpangan dan ada tersangkut diatas pokok.



"Mangsa yang maut adalah pemandu kenderaan itu dan tiga penumpang lain termasuk pasangan suami isteri berusia antara 25 hingga 27 tahun," katanya.




Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. R.I.P

No comments:

Post a Comment

ad banner