Monday, 14 September 2015

[Terkini] Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa 15/09/2015



KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.


Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah hanya akan ditutup apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu juga tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurut Mahdzir, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

Bacaan terbaharu IPU boleh didapati di laman web apims.doe.gov.my.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment

ad banner