Monday, 14 September 2015

PELIK!!!! Wanita itu Terkejut Apabila Mendapati Nasi yang di Makan Sebenarnya....


GUANGDONG - CHINA - Seorang wanita warga Guandong terkejut apabila mendapati nasi yang dimakannya sebenarnya adalah gulungan kertas kecil.

Difahamkan, beras kertas itu dicampur sekali dengan beras asli.

Wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Cai berkata, dia menyedari perkara tersebut selepas dia cuba mengunyah 'nasi' tersebut namun sukar.

Cai berkata kepada wartawan, dia dan keluarga pada mulanya tidak menyedari perkara tersebut. Tetapi selepas menghabiskan hampir separuh dari nasi tersebut, dia terkunyah sebutir nasi yang agak keras.


Cai kemudiannya membuang nasi itu dari mulutnya dan setelah diteliti, dia mendapati beras tersebut sebenarnya adalah gulungan kertas kecil.

Cai kemudian membuat laporan polis dan memberitahu dia membeli beras tersebut dari seorang penjaja jalanan. Tambah Cai, penjaja tersebut memberitahu beras yang dijualnya ditanam oleh petani luar bandar dan tidak menggunakan sebarang racun perosak. - Siakapkeli.my

by noreply@blogger.com (Romi Rizuan) via masalah dunia

No comments:

Post a Comment

ad banner