Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Mufarwa Farid. Semoga perkongsian ini membuka mata kita mengenai isu yang sering menjadi topik ketika pengambilan pekerja baru dikalangan graduan universiti. Baca lagi:
Tapi lagi ramai, yang aku jumpa, pointer 3.9 tapi power gila bila bercakap dan interview.
Aku juga pernah jumpa budak dapat pointer 2.4, tapi power gila bila bercakap dan interview.
Dannnnn aku pernah jumpa ramai pointer 2.4, tapi bengap bila bercakap dan interview.
Kau nampak tak?
Kau dok sembang kata budak pointer tinggi ni failed bila berkata-kata, bukan sebab dia hanya pandai study-study dan study. Tapi memang sebab dia tak boleh nak bercakap lancar.
Orang macam ni, kita kena hargai kepandaian di dalam akademik. Kita boleh letakkan dia dalam industri yang tak perlu banyak cakap, tapi lebih banyak kerja dan bersifat akademikal.
Orang-orang macam ni, dia sangat pandai dan ada pemikiran akademik. Cuma, kurangnya dia tak boleh bercakap. Itu je. Kita memang perlukan orang yang macam ni. Janganlah kau blame dan judge diorang ni tak berguna langsung. Ingat senang ke nak dapat pointer tinggi macam tu?
Diorang pergi kelas lagi awal daripada biasa, beb. Buat nota itu ini. Sanggup sacrifice tak pergi karoke dan layan vape semata-mata nak fokus dalam study dia. Dan ingat benda tu, dia buat suka-suka? Dia buat tu sebab tak nak bagi mak bapak yang support diorang dari kecik ni kecewa.
Bila keluar ke alam sebenar, hadap interview, kena tendang, dan orang terus cakap,
"Budak pointer 2.5 lagi baik daripada budak pointer 4.0."
Takkk takkk. Budak 2.5,ada kelebihan dan kelemahan dia. Budak 4.0 juga sama juga.
Tapi dalam kau kata budak-budak pointer rendah ni pandai bercakap, memang la diorang boleh bercakap. Sebab diorang memang pandai bercakap. Cuma, pointer dia kureng sikit dan dia ada kelemahan dari segi ilmu dan hafazan ilmu.
Budak-budak macam ni, memang sesuai letak apa-apa bidang,cuma kena pantau juga, sebab mungkin ada sedikit kelemahan dari sudut akademikal yang dia lemah,sebab tu dia dapat 2.5.
Kau jangan blame dan judge bebudak dapat 4.00 ni. Bukan senang dapat benda ni. Dan aku takde la larang korang nak kata budak 2.5 ni pandai. Cuma, jangan kata, budak 4.00 ni tak berguna.
Diorang ada usaha beb. Bukan tak berusaha. Budak 2.5 pun ada usaha, tapi diorang still ada kelemahan yang budak 4.00 ni tak ada.
Faham tak ni? Faham tak?
Konklusinya, jangan blame orang yang dah berusaha terbaik dalam hidup dia. Jangan label seolah-olah budak 4.00 ni semua tak berguna. Dan jangan pulak anggap budak-budak 2.5 ni lebih baik.
Dua-dua ada kelemahan dan kelebihan. Apa kata kita hargai kedua-duanya?
No comments:
Post a Comment