Amat Biadap, Perbuatan seperti ini tidak elok untuk dilakukkan dan perlu diambil tindakan kerana membiarkan anak sendiri membuang air kecil di sinki food court yang mana diguna oleh ramai pengguna.
Menurut info daripada individu yang memuat naik gambar, kejadian dikatakan berlaku di pasaraya AEON di Taiping, Perak.
Tinjauan kami di ruangan komen pada pautan gambar berkenaan menunjukkan hampir kesemua pengguna Facebook mengkritik tindakan wanita berbangsa Cina terbabit yang dilihat amat pengotor dan tidak bertanggungjawab.
Bukan niat kami untuk menimbulkan spekulasi yang seakan ‘menunding jari’ kepada bangsa terbabit, tetapi jika anda lihat kebanyakan isu yang berkaitan kesedaran sivik, pasti bangsa ini yang sering dilaporkan.
Tidak kurang juga dengan sesetengah pihak yang melabelkan golongan ini seakan ‘ kurang ajar’ dan tidak menghiraukan hal sensitiviti bangsa lain.
Apa-apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, adalah sebaiknya menegur perbuatan perempuan terbabit dan bukannya memuatnaik gambar berkenaan untuk dijadikan bahan celaan di media sosial.
P/S : Semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi tidak kira dimana sahaja. Gunakanlah tempat khas yang telah disediakan.
No comments:
Post a Comment