Tuesday, 15 September 2015

Dua Wanita, Anggota Tentera Antara Suspek Terlibat Dalam Aktiviti IS Akan Didakwa Di Mahkamah



JOHOR BAHRU: Lima anggota tentera antara lapan individu yang akan didakwa di Mahkamah Majistret di beberapa lokasi seluruh negara selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti militan Islamic State (IS).

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan yang mana ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda.

Manakala dua suspek akan ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Kesemua suspek, termasuk dua wanita yang bekerja sebagai guru tadika dan pegawai kanan jabatan kerajaan ditahan dalam beberapa operasi.

Mereka didakwa membantu kumpulan militan yang baru pulang dari Syria untuk memasuki negara, merekrut anggota baru dari negara ini dan mempunyai maklumat tentang aktiviti militan di negara ini.

Mereka juga mempromosikan IS, mengumpul dana, merekrut rakyat Malaysia menyertai kumpulan militan di Syria dan membeli senjata untuk melancarkan serangan ke atas Malaysia.

No comments:

Post a Comment

ad banner